SHAH ALAM - Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman menafikan bahawa beliau akan dilantik sebagai Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat daripada parti itu, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang maklumat mengenai pengganti Hasan daripada pimpinan tertinggi Pas pusat mengenai pengganti Hasan ketika ini.

Menurutnya, beliau sendiri berharap namanya tidak dicalonkan dan mahu orang lain dari pimpinan Pas Selangor mengisi kekosongan jawatan Exco tersebut.

Bagaimanapun beliau menegaskan, pihaknya akan menerima dan menyokong sebarang keputusan pimpinan parti itu untuk melantik mana-mana pemimpin termasuklah beliau sendiri.

“Lagi elok sekiranya orang lain yang dicalonkan untuk jawatan itu, saya khuatir dengan beban dan tanggungjawab sebagai seorang Exco Kerajaan Negeri itu tidak mampu saya pikul.