Monday, January 9, 2012

Keputusan kes liwat Anwar hari ini

SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali dipecat sebagai ahli Pas berkuat kuasa serta-merta.

Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Pas Pusat di Kuala Lumpur semalam berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian sebagai ahli Pas.

Bagaimanapun Dr. Hasan boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura.

Turut hadir dalam mesyuarat semalam yang berlangsung lebih tiga jam ialah Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ia merupakan keputusan sebulat suara dalam mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di Ibu Pejabat Pas, Jalan Raja Laut di sini.

Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan tindakan-tindakan Dr. Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia didapati menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.

Katanya, keputusan itu diambil setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat dalam mesyuarat itu.

Dr. Hasan sebelum ini mencetuskan kontroversi di peringkat dalaman Pas apabila mempertikaikan kepimpinan serta dasar parti itu yang dikatakan telah lari daripada matlamat dan perjuangan Pas sebelum ini.

Kosmo! Online - Negara:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment