Logo kes Anwar

KUALA LUMPUR - Pengadu dan saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan berkata, dia menerima keputusan mahkamah membebas dan melepaskan Ketua Pembangkang itu dengan "hati yang tenang."

Bagaimanapun katanya, aduan dia sebagaimana laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mempunyai hak untuk diadili sehingga ke peringkat mahkamah atasan.

"Oleh itu, saya dan keluarga berharap agar pihak pendakwa raya dapat memfailkan dan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan," kata beliau menerusi intro blognya petang ini.

Katanya, sebagai hamba ALLAH, "saya percaya bahawa setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya."