Monday, January 9, 2012

Keterangan kes liwat Anwar





SAKSI PENDAKWAAN (1 - 10)
1.MOHD. SAIFUL BUKHARI AZLAN

*Memberitahu Anwar ada bertanya kepadanya ‘Can I f**k you today?’ sebelum meliwatnya.

*Selepas didakwa diliwat, Mohd. Saiful Bukhari dan Anwar menikmati karipap daging dan Nescafe 3 dalam 1.

* Seluar panjang yang didakwa dihadiahkan oleh Anwar kepada mangsa dan seluar dalam milik mangsa merupakan antara bukti kes yang ditayangkan di mahkamah.

*Tidak membuang air besar dan tidak mandi junub selama dua hari selepas diliwat kerana berada ‘dalam keadaan darurat’ selepas diliwat.

*Menafikan bahawa dia ada mengadu kepada seorang doktor Hospital Pusrawi bahawa terdapat ‘kemasukan objek plastik ke dalam duburnya’.

2.DR. MOHD. RAZALI IBRAHIM
Pakar Bedah Am Hospital Kuala Lumpur (HKL)

*Air mani masih boleh ditemui di dalam dubur seseorang individu dalam tempoh 72 jam dan walaupun selepas individu terbabit membuang air besar ekoran rupa bentuk salur dubur manusia yang tidak lurus membolehkan air mani tertinggal atau terlekat pada mana-mana bahagian dinding saluran tersebut.

*Berdasarkan laporan kimia ke atas sampel yang diambil dari dubur Mohd. Saiful Bukhari menunjukkan berlaku penetrasi ekoran analisis makmal menunjukkan kehadiran asid deoksiribonukleik (DNA) dua lelaki.

*Menyatakan secara konklusif bahawa terdapat penetrasi yang konsisten dengan apa yang diberitahu oleh mangsa kepada mahkamah bahawa bahan pelincir digunakan semasa insiden itu dan ini mengakibatkan tiada kecederaan ditemui pada duburnya.

3.DR. SIEW SHEUE FENG
Pakar Patologi HKL

*Memberitahu bahawa mangsa memaklumkan bahawa dirinya diliwat oleh seorang individu berprofil tinggi.

*Mangsa memaklumkan dirinya diliwat tanpa menggunakan kondom.

*Mengambil spesimen DNA daripada bahagian lidah dan tekak mangsa selepas Mohd. Saiful Bukhari mendakwa dia turut dipaksa melakukan seks oral.

4.DR. KHAIRUL NIZAM HASSAN
Bekas Pakar Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL

*Tidak pelik mangsa berada dalam keadaan tenang kerana mangsa telah mengambil masa berfikir panjang dan telah membuat pertimbangan sewajarnya mengenai perkara (liwat) tersebut. Mangsa juga beritahu telah bersedia untuk menghadapi segala kesan dan akibat laporan yang dibuatnya.

5.DR. SEAH LAY HONG
Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia

* Mengenal pasti 19 barang kes yang dihantar kepadanya untuk analisis DNA antaranya bulu kemaluan, dua helai seluar dalam, sebidang permaidani dan cadar tilam.

* Memberitahu bahawa beliau tidak berhak membuat kesimpulan bahawa Mohd. Saiful Bukhari berkemungkinan adalah seorang homoseksual pasif.

*Menyatakan hanya DNA milik Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Lelaki Y ditemui di bahagian bawah salur dubur pemuda tersebut.

*DNA Lelaki Y yang diperolehi dari kawasan bahagian atas salur dubur mangsa dan daripada ekstrak sperma merupakan penyumbang utama DNA yang dianalisis.

6.NOR AIDORA SAEDON
Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia

* Menafikan berlakunya pencemaran terhadap sampel yang diambil daripada barang kes iaitu tuala, sama ada melalui kakitangan makmal Jabatan Kimia Malaysia mahupun daripada pegawai penyiasat, Deputi Supritendan Judy Blacious Pereira (kini Supritendan).

*Tetap dengan pendiriannya bahawa Lelaki Y merupakan satu-satu penyumbang DNA pada tuala itu.

*Ujian analisis DNA yang dilakukan ke atas sehelai tuala, satu botol plastik air mineral dan sebatang berus gigi yang diambil dari lokap yang menempatkan Anwar, adalah sama dengan DNA Lelaki Y yang merupakan penyumbang DNA utama di dalam salur dubur Mohd. Saiful Bukhari.

7.DR. RAZUIN RAHIMI
Bekas doktor HKL

* Merekodkan maklumat perubatan Mohd. Saiful Bukhari sewaktu hadir di Sehenti Khidmat Krisis (OSCC), Jabatan Kecemasan HKL pada 28 Jun 2008.

* Memberitahu bahawa pengadu ada memaklumkan bahawa terdapat cubaan seks oral tetapi dia enggan melakukannya.

*Turut dimaklumkan oleh mangsa bahawa pada kejadian liwat tersebut, berlaku penetrasi dan ejakulasi selain mendakwa dadanya diramas oleh Anwar.

8.SUPRITENDAN JUDY BLACIOUS PERIERA
Pegawai Penyiasat

* Memohon tangkap ke atas Anwar pada 15 Julai 2008 dari Mahkamah Kuala Lumpur dan waran tersebut telah disempurnakan oleh Supritendan Ahmad Taufik Abdullah pada keesokan harinya, kira-kira pukul 2.40 petang.

* Menyimpan sampel yang diambil dari tubuh badan Mohd. Saiful Bukhari di dalam kabinet besi di biliknya.

*Mengenal pasti imej Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari memasuki Kondominium Desa Damansara melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan imej pemilik unit kondominium tempat kejadian liwat didakwa berlaku, Hasanuddin Abdul Hamid.

9.AMIDON ANAN
Bekas Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman

* Menemui dan merampas sehelai bulu di unit kondominium 11-5-1 iaitu tempat kejadian liwat didakwa berlaku dan satu hamparan permaidani sutera China serta sehelai selimut tebal (blanket duvet) jenama Pasaya dirampas dari unit 11-5-2 yang terletak berhadapan dengan unit tempat kejadian dan dimiliki oleh pemilik yang sama.

* Menemui sehelai bulu, botol air minuman, berus gigi dan tuala kecil Good Morning dari sel lokap tahanan Anwar di Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) ibu negara pada Julai 2008.

10.AHMAD HUZAIMI AWANG
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur

* Mengesahkan bahawa kenderaan MG Rover warna hitam dengan nombor pendaftaran WMK 6 telah didaftarkan atas nama Anwar. Imej kenderaan terbabit dikesan dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008, di antara pukul 12 tengah hari dan 4 petang.

SAKSI PEMBELAAN (11 - 16)

11.DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

* Memilih untuk memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah yang menyebabkan pasukan pendakwaan tidak boleh menyoal beliau.

* Menyalahkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah atas tindakan-tindakan yang didakwanya berat sebelah.

*Mengulangi dakwaan isu konspirasi politik.

*Sewaktu prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT), mengakui bahawa tiada penderaan fizikal dilakukan terhadapnya sejak mula ditahan oleh pihak polis sehingga dibebaskan pada 17 Julai 2008.

*Pada TWT, beliau turut menyatakan, anggota polis yang menangkapnya pada 16 Julai 2008 bersikap sopan terhadapnya meskipun tidak diberitahu penangkapan itu atas kesalahan apa.

*Menyatakan beliau diminta membuka pakaian dan pemeriksaan dilakukan terhadap kemaluan dan duburnya termasuk diukur zakar dan bulu kemaluan sewaktu pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008.

12.DR. MOHAMAD OSMAN ABD. HAMID
Bekas doktor Hospital Pusrawi

*Doktor pertama yang ditemui pengadu pada 28 Jun 2008.

*Memaklumkan ada menyediakan laporan perubatan selepas membuat pemeriksaan terhadap Mohd. Saiful Bukhari sebelum menyerahkannya kepada seorang pegawai hospital tersebut bernama Azlan.

*Mengaku ada membuat satu akuan bersumpah selepas seorang peguam yang hanya dikenali sebagai Yusri datang menemuinya bersama seorang pesuruhjaya sumpah bernama Anuar.

*Menyediakan akuan bersumpah itu setelah menyangka peguam berkenaan mewakili pihak Hospital Pusrawi dan meyakinkan beliau untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah untuk simpanan fail sulit.

*Menyatakan bahawa pihak polis tidak pernah menyuruhnya membuat sebarang akuan bersumpah.

13.DR. DAVID WELLS
Pakar Patologi Forensik

*Bersetuju bahawa bukanlah satu perkara yang asing bagi seseorang lelaki dewasa yang diliwat tidak menunjukkan sebarang kecederaan pada duburnya.

*Bersetuju dengan laporan jurnal perubatan yang sama iaitu ‘kajian telah menunjukkan bahawa spermatozoa boleh ditemui di lokasi itu atau dubur sehingga tiga hari selepas hubungan seks luar tabii dibuat walaupun mangsa telah membuang air besar atau mandi.’

14.YUSNI ALI
Pengurus Pentadbiran Hospital Pusrawi

*Memberitahu fail pesakit bernama Mohd. Saiful Bukhari hanya mengandungi sehelai kertas iaitu ‘Rekod Perubatan Jabatan Kecemasan Pusrawi’.

*Dokumen itu juga hanyalah salinan dan bukannya dokumen asal.

* Menyatakan tiada sebarang laporan perubatan pesakit tersebut atau akuan bersumpah ditemui di dalam fail itu.

15.DR. BRIAN MCDONALD
Perunding Sistem Genetik Molekular Australia

* Mempertikaikan kaedah yang dilakukan oleh dua ahli kimia tempatan berhubung penemuan profil DNA Lelaki Y.

*Mendakwa Lay Hong hanya membuat andaian tentang dari mana datangnya sampel tersebut tanpa menyatakan lokasi tepat ia diambil kerana beliau hanya bergantung kepada latar belakang (history) sampel itu dan maklumat yang disampaikan oleh pihak polis.

*Mengakui kemungkinan berlakunya kesilapan dalam keterangannya terutamanya berhubung cara Lay Hong menjalankan analisis ujian DNA ketika disoal balas oleh pihak pendakwaan.

16.DR. THOMAS HOOGLAND
Pakar Bedah Ortopedik Jerman

*Bahawa seseorang yang mempunyai masalah atau penyakit berkaitan tulang belakang tetapi mampu membongkokkan badan untuk mengambil sesuatu dari lantai, bermakna individu terbabit mempunyai keupayaan mengawal otot bagi menghalang rasa sakit.

*Memberitahu bahawa dia tidak pernah menyatakan Anwar tidak boleh membongkok tetapi dia akan sakit sekiranya dia cuba melakukan pergerakan dengan pantas.

PENDAKWA RAYA

17.DATUK MOHD. YUSOF ZAINAL ABIDEN
Peguam Cara Negara II

*Menamakan Anwar sebagai penyumbang utama DNA Lelaki Y yang ditemui di dalam rektum Mohd. Saiful Bukhari sewaktu berhujah di akhir kes pendakwaan.

*Barisan pembelaan tidak pernah mencabar secara serius keterangan terperinci Mohd. Saiful Bukhari berhubung kejadian liwat tersebut yang diberitahu dalam prosiding tertutup sebelum ini.

*Menghujahkan bahawa keterangan bela diri Anwar dari kandang tertuduh tidak langsung menafikan kehadirannya di unit kondominium tempat kejadian liwat didakwa berlaku.

*Keterangan tanpa bersumpah Anwar lebih banyak menyalahkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin yang mendengar kesnya dan tidak langsung menyentuh mengenai sakit belakang yang membataskan pergerakannya sekali gus menidakkan keupayaannya untuk meliwat Mohd. Saiful Bukhari.

PEGUAM

19.KARPAL SINGH

*Membangkitkan isu hubungan intim antara Mohd. Saiful Bukhari dengan bekas anggota pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latiff.

*Menimbulkan isu poligami seorang lagi anggota pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria.

*Mengemukakan tiga permohonan agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan tersebut dan dua permohonan agar akhbar Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah. Kesemua permohonan itu ditolak.

*Menyatakan bahawa adalah sangat mustahil Anwar melakukan aksi seksual seperti yang digambarkan oleh pengadu ekoran daripada masalah tulang belakang tertuduh yang boleh menyebabkan kesakitan.

* Memohon Datuk Seri Najib Razak dikenakan tindakan menghina mahkamah ekoran kritikan Perdana Menteri di Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu berhubung pilihan Anwar untuk memberi keterangan bela diri di kandang pesalah tanpa mengangkat sumpah.

19.SANKARA NAIR

*Dalam prosiding TWT, beliau menyatakan tidak memfailkan permohonan habeas corpus dari mula Anwar ditahan pada 16 Julai 2008 sehingga dibebaskan keesokan harinya kerana diberitahu Ketua Pembangkang itu diperlukan untuk memberi keterangan berhubung dakwaan liwat.

*Menimbulkan kembali isu konspirasi yang didakwa bertujuan menghapuskan segala peluang anak guamnya itu untuk menjadi Perdana Menteri.

Utusan Malaysia Online - Mahkamah:

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment