Wednesday, September 26, 2012

3 blogger kena penjara

HO CHIN MINH: Tiga blogger Vietnam dihukum penjara kelmarin kerana melakukan propaganda antikerajaan tetapi ia mencetuskan desakan dari Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) supaya mereka dibebaskan.

Selepas perbicaraan berlangsung beberapa jam, Nguyen Van Hai atau Dieu Cay, dihukum penjara 12 tahun manakala Ta Phong Tan, kena 10 tahun penjara. Seorang blogger lagi, Phan Thanh Hai, yang mengaku bersalah dihukum empat tahun penjara selepas berjanji tidak mengulangi jenayah atau berhubung dengan mereka yang antikerajaan.
“Jenayah mereka amat serius dengan niat jelas menentang negara,” kata presiden mahkamah di Bandaraya Ho Chin Minh, Nguyen Phi Long. - AFP

No comments:

Post a Comment