Wednesday, September 26, 2012

7 maut letupan bom di Turki

DIYARBAKIR: Enam askar dan seorang orang awam dilaporkan terbunuh dalam letupan bom yang mensasarkan satu konvoi tentera di barat daya Turki, semalam.

Letupan kuat itu berlaku di bahagian tengah Bandar Tunceli dengan kenderaan tentera berkenaan musnah sama sekali serta turut merosakan satu kenderaan orang awam. Pejabat Gabenor tempatan berkata, kejadian itu meragut tujuh nyawa serta seorang cedera tetapi tidak menyatakan berapa anggota tentera yang terkorban.
Stesen televisyen swasta NTV melaporkan, letupan itu menyebabkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan panik dengan ambulans dikejarkan ke tempat kejadian.

Setakat ini belum diketahui pihak yang bertanggungjawab dalam melakukan letupan bom berkenaan.

Namun ia dikaitkan dengan serangan balas pemberontak Kurdis selepas tentera kerajaan meningkatkan operasi membanteras kumpulan itu terutama di sebelah selatan.

Minggu lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, berkata lebih 500 pemberontak Kurdis dibunuh oleh tentera kerajaan dalam tempoh sebulan lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment