LONDON - Kerajaan Britain kini, merancang memanggil balik ribuan tenteranya yang berkhidmat di Afghanistan bermula tahun depan bertujuan untuk menamatkan pembabitan negara dalam peperangan berkos tinggi dan kurang popular.

Setiausaha Pertahanan, Philip Hammond berkata, lebih 430 askar Britain telah terkorban di Afghanistan sejak Amerika Syarikat (AS) mengetuai campur tangan dalam 2001, yang dilihat gagal selain mencetuskan hubungan renggang di antara pasukan tentera Barat dan tempatan termasuk layanan masyarakat awam.

Hammond berkata, lima askar tempatan di Afghanistan telah didakwa terlibat dalam pembunuhan sebagai sebahagian dari siasatan melibatkan seorang pemberontak tahun lalu dan secara keseluruhannya sembilan askar Britain ditahan kerana kes berkenaan.

Sebahagian 500 tentera Britain bakal ditarik balik selewat-lewatnya penghujung tahun ini dan berbaki kira-kira 9,000 anggota.

Semua tentera Britain dijangka meninggalkan bumi Afghanistan sebelum akhir 2014. -Reuters