Tuesday, October 16, 2012

Guan Eng: P Pinang tangguh pelaksanaan AES





Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan membuat kajian dan rundingan dengan kerajaan persekutuan sebelum membenarkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang digelar "kamera 1Malaysia".

Katanya, rakyat kurang senang dengan pelaksanaan sistem kamera itu yang didakwa "bukan menghalang kesalahan berlaku, tetapi lebih mirip kepada syarikat kroni mendapat keuntungan".

"Saya rasa apa yang diputuskan oleh pimpinan Pakatan Rakyat memang untuk menyahut hasrat rakyat bahawa pelaksanaan AES ini akan membimbangkan dan juga menguntung kroni.

"Itulah sebabnya cadangan dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang, kita nak kaji dulu rancangan untuk memasang kamera 1Malaysia ini.

"Denda RM300 dikenakan khusus di tempat kereta membawa kereta laju, kita kena mengkaji dan mendapat rundingan semua pihak," kata MP Bagan itu.

Beliau juga berpendapat, pelaksanaan sistem itu bercanggah kerana syarikat yang bertanggungjawab ke atas sistem berkenaan akan menerima lebih banyak komisen apabila lebih banyak saman dikeluarkan.

"Saya rasa itu bercangggah dengan prisip kamera 1Malaysia, untuk menghalang daripada berlaku kesilapan (jalan raya)," katanya. 

Beliau berharap rundingan dapat dilakukan dengan kerajaan persekutuan sebelum pemasangan kamera itu dibuat di negeri itu.

http://www.malaysiakini.com/news/211901

p/s: bagi gua kamera ini sepatutnya diletakkan dikawasan-kawasan kemalangan maut dan diuruskan oleh JPJ bukannya syarikat kroni yang boleh buat keuntungan RM700 juta setahun.

No comments:

Post a Comment