Tuesday, October 16, 2012

Iran mahu cemar Selat Hormuz





         
BERLIN: Ketua Pengawal Revolusi Iran, Mohammad Ali Jafari, merangka pelan menyebabkan bencana alam sekitar di Selat Hormuz bagi menghalang pengeksportan minyak supaya sekatan ekonomi ke atas Teheran ditarik, lapor majalah berita mingguan Der Spiegel, semalam.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menamakan sumber berita berkenaan, selain tiada pengesahan bebas mengenainya. Menurut Der Spiegel, rancangan Mohammad Ali dikenali dengan nama kod “Air Berlumpur” berlaku apabila sebuah kapal tangki Iran sengaja dipandu melanggar karang di selat berkenaan.


“Matlamatnya ialah menghalang sementara perjalanan kapal akibat pencemaran bagi menghukum negara Arab yang memusuhi Iran dan memaksa Barat terbabit dalam usaha pembersihan besar-besaran di perairan itu.

“Ia mungkin membolehkan sekatan ke atas Iran digantung,” lapor Der Spiegel. - Reuters

No comments:

Post a Comment