Friday, October 5, 2012

Dua universiti Singapura antara 100 terbaik dunia

SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU), berjaya meningkatkan standard dalam kedudukan universiti global.

NTU meningkat 83 anak tangga ke posisi 86 terbaik dunia dalam Senarai Kedudukan Universiti Dunia berdasarkan kajian Pendidikan Tinggi Times (THE) yang diterbitkan pada 3 Oktober.
NUS melonjak ke kedudukan 29 daripada nombor 40, tahun lalu.

Kedua-dua universiti itu adalah di antara 100 universiti terbaik dunia dalam senarai itu.

Bulan lalu, dua universiti itu turut meningkatkan kedudukan mereka dalam senarai Quacquarelli Symonds (QS).

NUS melonjak tiga kedudukan ke atas ke posisi ke-25, manakala NTU buat pertama kalinya menjadi antara 50 universiti terbaik dengan mendapat tempat ke 47 daripada posisi ke 58 sebelum ini.

THE meletakkan 13 petunjuk prestasi berbeza untuk menunjukkan kekuatan setiap universiti dalam lima kategori - Mengajar, Penyelidikan, Rujukan, Pendapatan Industri dan Pandangan Antarabangsa. - ST

No comments:

Post a Comment