Friday, October 5, 2012

‘Kebangkitan Parsi’ akan berlaku: Lieberman

BAITULMAQDIS: Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman berkata semalam, dia percaya ‘Kebangkitan Arab’ yang berlaku ketika ini akan disusuli dengan ‘Kebangkitan Parsi.’

Katanya, ia akan terjadi apabila sekatan antarabangsa yang dikenakan terhadap Iran membawa kepada kekacauan di negara itu.


Lieberman berkata demikian sebagai mengulas rusuhan yang meletus di tengah Teheran kelmarin, yang disifatkannya sebagai tanda awal kekacauan berkait dengan kejatuhan nilai matawang negara itu.

“Kebangkitan Arab akan disusuli dengan Kebangkitan Parsi. Ketidakstabilan kini merebak di Iran, bukan setakat di Teheran saja.


“Tidak boleh dinafikan lagi pergerakan penentangan akan diperkukuhkan dengan pilihan raya Presiden Iran pada musim panas depan,” kata Liberman ketika diwawancara radio tentera rejim Zionis.


Menurutnya, kerajaan Iran kini mencapai tahap kritikal. - AFP

No comments:

Post a Comment