Friday, October 5, 2012

Kazakhstan haramkan filem anti-Islam

ASTANA 5 Okt. - Sebuah mahkamah Kazakhstan melarang penayangan filem anti-Islam di negara ini selepas filem tersebut mencetuskan bantahan di seluruh dunia.
Mahkamah daerah di Astana membuat keputusan tersebut selepas menerima permohonan daripada ketua pendakwa raya bandar untuk melarang penayangan filem Innocence of Muslims yang menghina Nabi Muhammad SAW.
“Larangan dikuatkuasakan terhadap penayangan filem Innocence of Muslims melalui laman video, YouTube termasuk import, penyiaran dan pengedaran filem terbabit di seluruh Kazakhstan," kata seorang pegawai mahkamah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121005/lu_09/Kazakhstan-haramkan-filem-anti-Islam#ixzz28QGDMqt0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment