EU kutuk rancangan Israel
Pembinaan haram juga mula dibina berdekatan bandar Har Homa.
BRUSSELS - Perwakilan Tinggi Kesatuan Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) Catherine Ashton, menyelar tindakan Israel membina kira-kira 767 unit rumah baru di kawasan Tebing Barat.
Dalam kenyataannya semalam, pembinaan itu terletak antara Baitulmaqdis Timur dengan Baitullaham di Tebing Barat.
“Mustahil rancangan ini boleh diteruskan kerana ia menyalahi undang-undang antarabangsa," katanya.
Beliau berkata, EU berulang kali menggesa Israel segera menamatkan semua aktiviti penempatan di Tebing Barat selaras dengan perjanjian di bawah Pelan Tindakan Antarabangsa.

Kelmarin, sebuah jawatankuasa perancangan mempelawa bidaan daripada kontraktor untuk mula membina 797 unit rumah berkenaan di lereng penempatan barat Gilo, kawasan yang ditawan Israel pada Perang 1967 dan kemudian mengisytiharkannya sebagai sebahagian daripada wilayahnya.-AFP