NEW YORK – White House menafikan laporan New York Times bahawa Iran telah bersetuju dengan satu-satunya rundingan berhubung program nuklear dengan Amerika Syarikat (AS).
Laporan itu yang memetik pegawai yang tidak dinamakan berkata, Iran telah bersetuju dalam rundingan kali pertama itu, namun program tidak akan diteruskan sehingga pemilihan Presiden AS 6 November ini. 
Malah White House berkata, mereka telah bersedia untuk mengadakan hubungan dua hala dengan Iran walaupun ia sebenarnya tidak ada dalam perancangannya untuk berbuat demikian. 
Barat mengatakan bahawa Iran mencari senjata nuklear, sesuatu yang dinafikan negara terbabit. 
Iran telah menjadi topik utama dasar luar dalam kempen pemilihan AS.
Presiden Barack Obama dan pencabarnya dari parti Republikan, Mitt Romney akan mengadakan debat kempen mereka yang ketiga esok dan subjek mereka ialah mengenai dasar luar.
New York Times melaporkan, AS dan Iran bersetuju dalam rundingan itu "pada dasarnya.”
Tetapi Jurucakap Majlis Keselamatan Negara itu, Tommy Vietor dalam satu kenyataan berkata, “ia tidak benar bahawa Amerika Syarikat dan Iran telah bersetuju dalam satu-satu rundingan atau mana-mana mesyuarat selepas pilihan raya Amerika.”
“Kami terus bekerja… dalam penyelesaian diplomatik dan kami telah menyatakan dari awal lagi kami bersedia untuk memenuhi hubungan dua hala,” katanya.  
Rundingan antara Iran dan kumpulan P5 +1 - yang termasuk United Kingdom, AS, Perancis, China, Rusia dan Jerman - telah terhenti.