Moussa Ibrahim
Moussa Ibrahim
TRIPOLI - Lelaki didakwa bekas jurucakap kepada bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi, Moussa Ibrahim menafikan beliau ditangkap ketika berada di luar Libya.
Kenyataan dikeluarkan menerusi rakaman audio dan dipaparkan menerusi laman Facebook itu menafikan dakwaan kerajaan Libya bahawa beliau ditangkap di bandar Bani Walid.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, Ibrahim menjadi individu yang dikenali di peringkat antarabangsa untuk beberapa bulan terakhir pentadbiran rejim terbabit diberkas ketika cuba melarikan diri dari Bani Walid.
“Rakaman audio tidak dapat segera disahkan namun kami sedang mencari bukti kukuh terhadap tuduhannya itu,” menurut kenyataan tersebut.
Mengikut sumber Kabinet, Moussa di tahan di bandar Tarhouna, 70 kilometer tenggara Tripoli, timur Libya.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Tripoli untuk disoal siasat. -Reuters