Wednesday, November 28, 2012

SAYA TIDAK LAYAK MASUK SYURGA

UNGKAPAN ADAB: SAYA TIDAK LAYAK MASUK SYURGA
=================================

Penceramah atau di blog blog anti aswaja menyebutkan bahwa sebuah qasidah yang masyhur di kalangan masyarakat merupakan suatu yang khurafat, sesat dan sebagainya..
Untuk menjawab kritikan tersebut, admin bawakan tulisan al-Fadhil Ustaz Raja Mukhlis bin Raja Jamaludin berikut ini:

Ada satu qasidah yang sangat masyhur dalam kalangan masyarakat awam yang berbunyi:

إلهي لست للفردوس أهلاً *** ولا أقوى على نار الجحيم

فهب لي توبةً واغفر ذنوبي *** فإنك غافر الذنب العظيم



:Wahai Tuhanku, aku tidak layak untuk masuk syurga Firdaus Bahkan, aku juga tidak sanggup untuk masuk neraka Jahim.

Maka karuniakanlah taubat (ampunan) kepadaku dan ampunilah segala dosaku, Sesungguhnya Engkau Maha Mengampuni segala dosa yang besar.

Ada juga sebahagian pihak yang menjadikan qasidah ini suatu isu lalu menyalahkan ungkapan ini dengan memahami bagian atas lafaz tersebut. Lalu, menurut mereka, orang yang mengucapkan lafaz ini berarti tidak mau masuk syurga. Orang ini tidak memahami bahasa dasar sehingga tidak dapat membedakan antara “layak” dengan “mau”, bahkan tidak memahami unsur kesenian/balagoh dalam berbahasa.

Bagi setiap insan yang mempunyai jiwa yang lembut dan hati yang tawadhu kepada Allah s.w.t., pasti ia dapat memahami dengan mudah apakah maksud di balik ungkapan di atas dan betapa tingginya adab orang yang mengungkapkan ungkapan tersebut kepada Allah s.w.t..

Budaya rendah diri dan tawadhu memang merupakan adab yang tinggi dalam hati para nabi dan wali. Bahkan, kita lihat contoh terdekat, bagaimana sebagian para sahabat r.a. yang dijamin sebagai ahli syurga, diriwayatkan bahwa mereka mempunyai puncak tawadhuk dalam bab syurga dan neraka, walaupun sudah diberi jaminan bahwa mereka adalah ahli syurga.

Imam Abu Nu’aim meriwayatkan:

لما قدم أهل اليمن زمان أبي بكر وسمعوا القرآن جعلوا يبكون ، قال : فقال أبو بكر : هكذا كنا ، ثم قست القلوب

: Ketika Ahli Yaman sampai ke Madinah pada zaman Abu Bakar r.a., maka mereka mendengar bacaan Al-Qur’an sehingga mereka menangis. Lalu Saidina Abu Bakar r.a. berkata: “Beginilah kami dahulu. kemudian keras hati kami.” Rujuk kitab Hilyah Al-Auliya’.

Tidak mungkin Saidina Abu Bakar r.a. mempunyai hati yang keras da sedangkan jika iman beliau ditimbang dengan iman ahli Madinah, nescaya imannya akan mengalahkan iman ahli Madinah. Ini adalah contoh ungkapan tawadhu.

Lihatlah perkataan insan paling mulia dalam umat Muhammad shollallahu ‘alaihi wasallam selepas Baginda shollallahu ‘alaihi wasallam dan Saidina Abu Bakar r.a.. Beliau ialah Saidina Umar r.a.. Beliau adalah seorang insan telah diberi jaminan oleh Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam sebagai ahli syurga. Bahkan, Baginda shollallahu ‘alaihi wasallam pernah menyebutkan bahwa, jika ada nabi selepas Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam, sudah tentu nabi tersebut ialah Saidina Umar r.a..

Namun begitu, bagaimana perkataan Saidina Umar r.a. tentang syurga dan neraka, dengan segala kelayakan yang dimiliki dan jaminan daripada Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam? ?? Beliau berkata:

لو نادى مناد من السماء : أيها الناس إنكم داخلون الجنة كلكم أجمعون إلا رجلا واحدا ، لخفت أن أكون هو ، ولو نادى مناد أيها الناس إنكم داخلون النار إلا رجلا واحدا لرجوت أن أكون هو .

: “Kalau ada suatu panggilan yang memanggil dari langit: “Wahai manusia. Sesungguhnya kamu akan masuk syurga melainkan seorang saja (yang tidak akan masuk syurga). Maka, nescaya aku takut aku adalah dia (seorang yang tidak masuk syurga tersebut). Jika ada panggilan memanggil: “Wahai manusia, semua kamu akan masuk neraka kecuali seorang saja (yang tidak masuk neraka). Maka sudah pasti aku harap aku adalah dia (seorang yang tidak masuk syurga tersebut).” [sda]

Lihat betapa tingginya adab Saidina Umar r.a.. padahal banyak kemungkinan lain, di mana banyak orang-orang kafir dan mati kafir pada zaman beliau seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan sebagainya, namun di sisi beliau, jika ada seorang saja yang tidak masuk syurga, dia takut seorang itu adalah beliau, sedangkan Abu Jahal dan Abu Lahab lebih layak untuk tidak masuk syurga di banding beliau karena kekufuran mereka. Begitu juga dalam masalah masuk neraka. Betapa tinggi adab para sahabat r.a. terutama mereka yang telah dijamin sebagai ahli syurga, namun mereka tetap menyatakan ketakutan terhadap neraka dan ketidak-layakan mereka untuk memasuki syurga.

Tidak cukup itu. Kita bisa lihat pula bagaimana adab Saidina Uthman r.a. di hadapan Allah s.w.t. terutama dalam masalah syurga dan neraka. Beliau juga merupakan salah seorang daripada para sahabat r.a. yang dijamin sebagai ahli syurga. Bahkan, beliau termasuk dalam empat khulafa’ rasyidin yang agung.

Saidina Uthman r.a. pernah berkata:

لو أني بين الجنة والنار ولا أدري إلى أيتهما يؤمر بي لاخترت أن أكون رمادا قبل أن أعلم إلى أيتهما أصير

: “Kalaulah aku berada di antara syurga dan neraka, dan aku tidak tahu aku akan memasuki yang mana dari salah satunya, nescaya aku akan memilih untuk menjadi tanah sebelum mengetahui ke mana salahsatu tang akan aku tuju. [Hilyah Al-Auliya’ dalam manaqib Saidina Uthman r.a.]



Ini adalah Saidina Uthman r.a., sebagaimana kedua sahabat agung yang telah disebutkan sebelumnya. Adakah mereka tidak yakin dengan janji Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam kepada mereka sehingga tidak merasa layak untuk masuk syurga? Demi Allah, ia adalah keadaan adab mereka yang tinggi di hadapan Allah s.w.t., yang gagal difahami oleh mereka yang tidak dikaruniakan manisnya hubungan dengan Allah s.w.t..

Para sahabat r.a. yang agung semuanya fokus kepada hubungan mereka dengan Allah s.w.t., bukan kepada syurga maupun neraka tersebut. Oleh sebab itulah, walaupun mereka diberi jaminan sebagai ahli syurga dan telah terjamin selamat daripada neraka, namun mereka tetap melahirkan adab yang sangat tinggi di hadapan Allah s.w.t. dengan tidak melihat kelebihan itu sebagai kelayakan untuk diri mereka. Ini karena, mereka mengutamakan hubungan mereka dengan Allah s.w.t. di banding syurga dan neraka itu sendiri.

Kita lihat, bagaimana Saidina Ali r.a. sendiri menyebut tentang keutamaan di sisi beliau (sebagaimana para sahabat r.a. yang lain) adalah dalam hubungan mengenal dan berinteraksi dengan Allah s.w.t. di banding syurga itu sendiri. Beliau menyebut:


ما يسرني لو مت طفلا وأدخلت الجنة ولم أكبر فأعرف ربي عز وجل


: “Tiadalah menggembirakan aku jika mati sebagai anak kecil lalu masuk syurga daripada aku dewasa lalu mengenal Allah s.w.t..” [Hilyah Al-Auliya’]

Ini menunjukkan betapa jiwa para sahabat r.a. tidak takluk kepada syurga maupun neraka. Maka, mereka akan beradab di hadapan Allah s.w.t. lalu menafikan kelayakan diri mereka untuk mendapatkan syurga karena mereka tahu, kemuliaan hamba adalah pada kehinaan diri dalam kehambaan di hadapan-Nya.

Jadi, dua asas dalam pendirian para ulama’ sufi secara umum dan dalam qasidah ini secara khusus yaitu tidak melihat kelayakan diri terhadap syurga dan mengutamakan Allah s.w.t. di banding selain Allah s.w.t., keduanya adalah daripada asas ajaran murni kerohanian Islam sebagaimana yang diamalkan oleh para sahabat r.a.. Sangat malang bagi mereka yang tidak membaca sirah dan riwayat hidup para as-salaf as-sholeh dengan baik lalu membuat tuduhan sewenang-wenang terhadap ajaran tasawwuf Islam yang murni. Qasidah ini, walaupun tidak jelas dinisbahkan kepada siapa, namun mempunyai makna yang sangat baik dan tidak wajar dianggap sesat sebagaimana dilakukan oleh segelintir manusia.

Kita lihat pula doa seorang sahabat agung yang diridhai oleh Allah s.w.t. dan Rasulullahshollallahu ‘alaihi wasallam, yaitu Saidina Muaz bin Jabal r.a. yang hampir sama makna rohaninya seperti qasidah ini. di Antara doa Saidina Muaz r.a. ketika tahajjud adalah:



اللهم طلبي للجنة بطيء وهربي من النار ضعيف


: “Wahai Tuhanku. Usahaku untuk mendapatkan syurga sangat perlahan sedangkan lariku dari neraka juga sangat lemah.” [Hilyah Al-Auliya pada Mu’az bin Jabal r.a.]

Saidina Abu Musa Al-Asy’ari r.a. menyebut tentang pentingnya menzahirkan rasa takut di hadapan Allah s.w.t. terutama terhadap neraka yang dijanjikan oleh-Nya bagi para penderhaka. Beliau menyebut

يا أيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا ، فإن أهل النار يبكون الدموع حتى تنقطع ، ثم يبكون الدماء حتى لو أرسلت فيها السفن لجرت

Maksudnya: “Wahai manusia. Menangislah kamu. Jika kamu tidak dapat menangis, maka berusahalah untuk menangis. Sesungguhnya, ahli neraka itu akan menangis dengan air mata sehinggalah terputus air mata (kering air mata). Kemudian mereka akan menangis dengan mengalir darah sehingga jika dilepaskan kapal pada himpunan tangisan mereka, nescaya kapal pun bisa berlayar padanya.” [Hilyah Al-Auliya’]

Seseorang minta syurga dan minta berlindung daripada neraka adalah ibadah, tetapi niat seseorang beribadah adalah karena Allah s.w.t.. Minta syurga adalah ibadah, yang mana juga dilakukan karena ingin berinteraksi dan berhubungan dengan Allah s.w.t. dalam hubungan kehambaan. Takut kepada neraka juga adalah sebagian daripada takut kepada Allah s.w.t. tetapi jika tujuan ibadah lebih daripada sekedar takut neraka, yaitu takut tidak diterima oleh Allah s.w.t., atau melakukan sesuatu karena mengharapkan penerimaan dan ridha Allah s.w.t., maka sudah tentulah niat itu lebih tinggi di banding sekedar melakukan sesuatu karena takutkan neraka atau inginkan syurga.
Petikan dari Kitab Tafridul-Kathir mukasurat 3:

إذا سمعت كلمات من أهل التصوف والكمال ظاهرها ليس موافقا لشريعة الهدى من الضلال توفق فيها واسأل من الله العليم أن يعلمك مالم تعلم ولا تمل إلى الإنكار الموجب للنكال, لأن بعض كلماتهم مرموزة لاتفهم, وهي فى الحقيقة مطابقة لبطن من بطون القرأن الكريم وحديث النبي الرحيم. فهذا الطريق هوالأسلم القويم, والصراط المستقيم.

Mafhumnya: “Apabila engkau mendengar beberapa kalimah-perkataan dari ahli Tasawwuf dan kesempurnaan yang dhahirnya tidak sesuai dengan syariatnya Nabi yang menyatakan petunjuk dari segala kesesatan maka bertawaquflah (berdiamlah) engkau padanya dan bermohonlah (berserahlah) kepada Allah Yang Maha Mengetahui agar engkau di beri akan ilmu yang belum engkau mengetahuinya. Janganlah engkau cenderung mengingkarinya yang mengakibatkan kepada natijah yang buruk. Karena sebagian daripada kalimah-perkataan mereka itu adalah isyarat yang tidak mudah difahami. Padahal hakikat-isinya itu sesuai dengan batinnya daripada isi al-Quran al-Karim, dan haditsnya Nabi yang penyayang. Maka jalan ini lebih selamat sejahtera, dan jalan yang lurus.”
=======================================
Wallahu a’lam..
 

No comments:

Post a Comment