Pakistan rancang bina taman hiburan di 'kubu Osama'
Sebuah kompleks rekreasi akan dibangunkan di bandar tempat persembunyian Osama selama beberapa tahun. Foto: AFP
PESHAWAR - Kerajaan Pakistan dilaporkan merancang untuk membina kompleks rekreasi di bandar Abbottabad, di mana bekas pemimpin al-Qaeda, Osama Laden ditembak mati dalam operasi sulit komando Amerika Syarikat pada tahun 2011.

Kelmarin, Menteri Pelancongan dan Sukan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Syed Aqil Shah berkata, projek gergasi itu akan turut dilengkapi taman haiwan dan kemudahan sukan air serta sebuah taman warisan budaya.

"Projek itu adalah sebahagian daripada pemulihan semula aktiviti kebudayaan dan rekreasi di wilayah tersebut. Ia akan dimulakan dalam masa terdekat," katanya.

Difahamkan projek yang mengambil masa lima tahun untuk disiapkan itu bernilai kira-kira AS$50 juta (RM154 juta). - AP