Wednesday, April 10, 2013

JENAYAH UMNO TERHADAP EKONOMI ORANG MELAYU



UMNO memperkenalkan 'along berlesen' iaitu PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 ).

Sepatutnya anak-anak Melayu mendapat biasiswa ( pendidikan percuma ) dan tidak dibebankan dengan pinjaman PTPTN yang mengenakan caj-caj sampingan.Mahasiswa yang baru bergraduasi akan terus diburu PTPTN sekalipun belum mendapat pekerjaan.Apabila Pakatan Rakyat menggariskan janji untuk memberikan pendidikan percuma diperingkat pengajian tinggi,pemimpin UMNO mendakwa ia akan menjadikan negara 'bankrupt'.

Padahal Menteri Pengajian Tinggi,D.S Mohamed Khalid Nordin pada 7 April 2011 menyatakan bahawa sepanjang tahun 2010,kerajaan telah mengeluarkan peruntukan untuk pinjaman PTPTN sebanyak RM6.04 Billion.Ertinya,jumlah ini masih kecil jika dibandingkan dengan ketirisan akibat perbelanjaan kurang berhemat yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang berjumlah lebih RM20 Billion!

*buku 66 Fakta UMNO khianat Melayu

No comments:

Post a Comment