Wednesday, April 10, 2013

Tiada pengebumian negara untuk Thatcher




GAMBAR menunjukkan Hotel Ritz yang merupakan lokasi Thatcher meninggal dunia di tengah London kelmarin.- AFP


LONDON – Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II akan menghadiri pengebumian bekas Perdana Menteri negara itu, Margaret Thatcher pada 17 April ini, kata beberapa pegawai semalam.
Istana Buckingham berkata, Elizabeth II dan suaminya, Prince Philip akan menghadiri upacara yang berlangsung di Gereja St. Paul di sini.
Sebelum ini kerabat diraja turut menghadiri pengebumian bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill yang dikebumikan pada tahun 1965.
Thatcher meninggal dunia pada usia 87 tahun kelmarin di atas katil di Hotel Ritz, London selepas beliau diserang strok semasa sedang membaca buku, lapor akhbar MailOnline kelmarin.
Beliau yang diberikan gelaran sebagai Wanita Besi Britain menjadi Perdana Menteri wanita Pertama Britain pada tahun 1979 sehingga 1990.
Menurut jurucakap mendiang Thatcher, Lord Tim Bell, bekas Perdana Menteri itu pernah menyatakan bahawa beliau tidak mahu acara pengebumian negara diadakan selepas kematiannya.
Menurutnya, Thatcher juga tidak mahu sebuah pesawat tentera turut digunakan dalam majlis pengebumiannya kerana ia akan membazirkan wang kerajaan.
“Beliau (Thatcher) tidak mahu pengebumian negara diadakan kerana menganggap ia tidak sesuai diadakan,” kata Bell.
Kenyataan Bell itu dibuat selepas beberapa anggota parlimen parti Konservatif mahu majlis pengebumian negara diadakan untuk Thatcher. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz2Q0SVhQE2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment