Wednesday, April 10, 2013

Jualan itik, ayam menjunam di China



SHANGHAI - Virus selesema burung H7N9 yang melanda China memberi tamparan hebat terhadap jualan ayam dan itik di negara ini, menurut sebuah kumpulan industri tersebut semalam.
Media negara itu melaporkan, jualan ayam dan itik menjunam di sebahagian kawasan di China walaupun beberapa wilayah setakat ini tiada jangkitan H7N9 terhadap manusia dilaporkan.
Timbalan Setiausaha Agung Persatuan Industri Ternakan Ayam dan Itik China, Qiu Baoqin berkata, wabak itu benar-benar memberi tamparan yang amat buruk ke atas pasaran ayam daging.
"Kesannya amat besar," kata Baoqin.
Sejak China mengumumkan lebih seminggu lalu bahawa H7N9 ditemui buat pertama kali dalam kalangan manusia, bilangan orang yang dijangkiti virus tersbeut meningkat kepada 24 orang.
Pihak berkuasa China berkata, mereka gagal mengesan punca virus tersebut merebak walaupun dipercayai ia berjangkit dari burung kepada manusia.
Virus H7N9 setakat ini mengorbankan seramai tujuh orang di Shanghai. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0410&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2Q0T7ZIUo 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment