Wednesday, May 8, 2013

Gabenor Jakarta disiasat kerana gitar Metallica




GAMBAR yang dirakam di Jakarta Jumaat lalu menunjukkan Gabenor Joko Widodo memetik gitar bes yang dihadiahkan anggota kumpulan Metallica, Robert Trujillo.- AFP


JAKARTA - Suruhanjaya antirasuah Indonesia menyiasat sama ada perbuatan Gabenor Jakarta menerima sebuah gitar daripada anggota kumpulan rock Metallica menyalahi etika, kata seorang pegawai semalam.
Pegawai berkenaan, Johan Budi berkata, Gabenor Joko Widodo secara sukarela menyerahkan gitar bes tersebut kepada Suruhanjaya Penghapusan Rasuah kelmarin.
Beliau yang merupakan peminat muzik heavy metal menerima hadiah tersebut daripada pemain bes Metallica, Robert Trujillo.
"Kami mempunyai masa 30 hari untuk memutuskan sama ada memulangkan gitar ini kepada Gabenor atau merampasnya," kata Budi.
"Jika gitar ini bermakna Metallica lebih mudah mendapat permit konsert, ia jelas mempunyai unsur rasuah," katanya.
Gitar merah hati itu mempunyai mesej daripada Trujillo yang menyatakan: "Ambil Jokowi. Teruskan bermain gitar bes hebat ini."
Jokowi merupakan nama timangan Gabenor berkenaan.
Mengulas isu tersebut Joko berkata, beliau semenangnya menantikan konsert Metallica di sini dan teruja menerima hadiah tersebut.
"Ia sebuah gitar yang cantik. Saya tidak fikir ini satu habuan," kata Joko. - dpa


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2Sg1wORlY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment