Wednesday, May 8, 2013

Kejamnya bn.....nak menang punya pasal....

Mayat petugas PKR bg Parliament TAPAH ditemui terapung dalam lombong di kawasan Perindustrian Bemban, kelmarin......"Lokasi kejadian adalah lombong terbiar di belakang kawasan perindustrian dan jauh dari kediaman penduduk.
"Ketika ditemui, mayat itu hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Setelah diangkat ke atas tebing, kita dapati badan mayat berkenaan diikat dengan satu bongkah besi yang dijadikan pemberat untuk menenggelamkannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.Beliau memaklumkan, pemeriksaan awal yang dilakukan oleh doktor patologi dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di tempat kejadian telah menemui beberapa kesan pukulan di kepala mayat dan mangsa dipercayai telah mati lebih kurang lima hari.
Katanya, siasatan di tempat kejadian turut menemui beberapa ikatan dawai berukuran lebih kurang 50 meter panjang dan satu pita pelekat hitam lebih kurang tiga inci.
"Kita percayai barangan yang ditemui merupakan lebihan dawai yang digunakan untuk mengikat mayat berkenaan dan mayat mangsa kemudiannya dihantar ke HRPB untuk bedah siasat."Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan pukulan dengan objek tumpul. Selain itu, terdapat tiga kesan pukulan pada bahagian belakang kepala dan satu di bahagian dahi mayat itu," jelasnya.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa penemuan mayat berkenaan telah menjurus kepada satu laporan polis membabitkan kehilangan seorang ahli keluarga yang dibuat di Bidor, 1 Mei lalu.
Katanya, laporan dibuat oleh seorang lelaku berusia 44 tahun yang mengatakan adiknya, K Murugan, 37 tidak pulang ke rumah sejak jam 11.30 malam pada hari sama laporan dibuat.
"Ahli keluarga berkenaan telah dipanggil untuk membuat pengecaman berdasarkan tanda tatu pada badan mayat yang ditemui dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah serta IPD Tapah kini dalam usaha menjejak penjenayah terbabit dalam kes itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori. Kepada sesiapa yang mengenali mangsa atau mempunyai sebarang maklumat diminta berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ajit Singh di talian 05-362 9222," katanya.

No comments:

Post a Comment