Israel
Israel bersetuju untuk membayar pampasan kepada keluarga sembilan aktivis Turki yang terbunuh pada 2010.
TEL AVIV - Rundingan antara pegawai Turki dan Israel berhubung perjanjian untuk memberi pampasan kepada sembilan aktivis pro-Palestin yang terkorban dalam insiden serangan ganas ke atas kapal Mavi Marmara, tiga tahun lalu dilaporkan hampir mencapai kata putus.

Kenyataan dikeluarkan pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu memaklumkan mesyuarat itu menunjukkan perkembangan positif.

Difahamkan, perjanjian tersebut tidak dapat ditandatangani kerana beberapa isu masih memerlukan penjelasan dan persetujuan antara kedua-dua belah pihak, laporan dipetikan daripada AFP.

Pada 22 April lalu, satu mesyuarat awal diadakan di Ankara memfokuskan syarat dan jumlah pembayaran ganti rugi yang turut dinamakan sebagai prasyarat oleh Turki untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan Israel.