Wednesday, May 8, 2013

Ibu rayu bantu kos bedah anak




Zairani menunjukkan isyarat minum susu kepada Mohamad Alief Syammeir di rumah mereka di Kampung Jalan Tepi Laut, Alor Setar, Kedah semalam.


LOR SETAR – Seorang suri rumah bimbang memikirkan masa depan anak bongsunya berusia tiga tahun yang menghadapi masalah pendengaran dan kesukaran untuk bertutur.
Zairani Md. Suhaimi, 43, berkata, masalah itu disedarinya setelah mendapati anaknya, Mohamad Alief Syammeir Khairi tidak mampu untuk bertutur walaupun usianya sudah mencecah lebih setahun.
Katanya, kebimbangan itu ditambah pula apabila anaknya pernah terjatuh daripada basikal dua tahun lalu menyebabkan telinga sebelah kanan berdarah.
“Masa telinga Alief berdarah selepas jatuh basikal, saya tidak bawa ke klinik kerana tidak mampu membayar kos rawatan.
“Kemudian pada pertengahan tahun lalu, saya bawa dia ke Hospital Sultanah Bahiyah dan doktor memaklumkan dia mengalami masalah pendengaran tahap tiga,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jalan Tepi Laut, Tebengau di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2Sg7Sfxj7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment