Saturday, May 18, 2013

Polis Pulau Pinang tolak permohonan ceramah


Georgetown: Polis Pulau Pinang menolak permohonan ceramah anjuran kerajaan negeri yang akan diadakan di Padang Kota Lama, di sini, malam ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, permohonan itu ditolak berikutan kegagalan penganjur mematuhi kehendak Akta Perhimpunan Aman 2012.


Beliau berkata, perhimpunan yang dijangka dihadiri lebih 50,000 orang itu akan mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan itu.

Selain itu katanya, polis hanya menerima permohonan pada jam 2.10 petang Rabu lalu, sekali gus gagal mematuhi peraturan yang memerlukan penganjur memohon kepada Ketua Polis Daerah 10 hari sebelum perhimpunan itu diadakan.


“Berdasarkan faktor keselamatan dan ketenteraman awam, lokasi ceramah yang dicadangkan tidak sesuai untuk sebarang perhimpunan kerana boleh mendatangkan kecederaan dan kehilangan nyawa,” katanya.

No comments:

Post a Comment