Thursday, June 6, 2013

Jemaah menteri tolak penubuhan IPCMC...!!



Kabinet kini sedang mengkaji untuk menubuhkan satu badan alternatif kepada Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan bidang kuasa luas termasuk kuasa untuk pendakwaan bagi menangani isu penyalahgunaan kuasa polis.

Laporan Oriental Daily News mendakwa jemaah menteri dalam mesyuarat kabinet hari ini menolak cadangan pembentukan IPCMC itu kerana terdapat penyelesaian lebih efektif berbanding sebuah suruhanjaya.

Laporan memetik sumber itu menyebut, penyelesaian alternatif itu masih belum diperincikan dan kabinet juga tidak menetapkan tarikh akhir untuk memutuskan perkara berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun akan mengumumkan perkara itu apabila ia disediakan kelak.

No comments:

Post a Comment