Thursday, June 6, 2013

Utusan Malaysia bohong, mahu DAP ‘diharamkan’



PETALING JAYA, 6 JUN: “Ini adalah satu pembohongan terang-terangan Utusan Malaysia untuk memenuhi agenda pihak tertentu yang mahu pendaftaran DAP dibatalkan,” kata Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke
Beliau membidas laporan akhbar kawalan UMNO itu berhubung laporannya semalam bertajuk “DAP tergesa-gesa adakan AGM dipersoal”.
Menurutnya, isu mengenai Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) sepatutnya tidak timbul kerana ia merupakan pemilihan tahunan peringkat cawangan yang diadakan setiap tahun.
“Bagi tahun ini kami terpaksa tangguhkan sehingga Jun kerana memberi laluan kepada musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada April dan Mei lalu,” jelasnya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, semalam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban tidak menolak kemungkinan pembohongan yang dilakukan Utusan Malaysia itu bertujuan mencipta tanggapan negatif supaya Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempunyai alasan untuk membatalkan pendaftaran DAP.
“Kalau pun ROS mendapati DAP perlu membuat pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), kita masih akan mengggunakan senarai perwakilan yang digunakan Disember tahun lalu,” jelasnya.
Menurut Loke, Utusan Malaysia semakin melampaui batas walaupun pihak ROS sendiri masih belum membuat apa-apa keputusan.
“Sampai bila Utusan Malaysia mahu berbohong?”, katanya.
Sebelum ini, Loke membidas ROS apabila agensi itu mengeluarkan kenyataan media yang berunsur menghukum walaupun DAP yang masih dalam siasatan pihaknya.

No comments:

Post a Comment