Thursday, June 6, 2013

Mukhriz buat hutang kerajaan PUSAT.....untuk jaga Kedah..



Kerajaan Kedah dapatkan bantuan kerajaan Pusat

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan bagi melaksanakan beberapa projek pembangunan untuk rakyat negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata bantuan itu hanya bagi peringkat awal sahaja sebelum kerajaan negeri boleh berdiri sendiri.

Katanya kerajaan negeri tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak dan beliau menetapkan setiap wang yang dibelanjakan akan memberi pulangan ekonomi kepada negeri ini semula.

"Kerajaan negeri sangat-sangat berhemah untuk uruskan kewangan negeri.

Kita tak ada sumber pendapatan yang besar tetapi kita ada cita-cita tinggi untuk bangunkan negeri.



"Kesemua perbelanjaan, setiap ringgit yang dikeluarkan mesti jana hasil.

Bukan seperti 'curah air atas daun keladi' sahaja. Ia akan mendatangkan hasil yang tinggi kepada rakyat sekali gus menyumbang ke arah penjanaan pendapatan negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Mukhriz turut memberi contoh pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang langsung tidak menjana pendapatan kepada kerajaan negeri di mana mereka terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun.

Beliau berkata pelbagai projek seperti projek infrastruktur akan dilaksanakan di negeri ini yang mampu memberi sumbangan secara langsung kepada ekonomi negeri.

Bagaimanapun Mukhriz enggan mengulas lanjut mengenai projek yang dirancang kerajaan negeri kerana dalam proses perbincangan dan perlu penelitian di peringkat negeri terlebih dahulu.

Mengenai kes penyakit kencing tikus di kawasan peranginan dan air terjun di Baling, Mukhriz berkata beliau telah bertemu dengan pegawai perhutanan terlibat dan puncanya ialah soal kebersihan di kawasan rekreasi itu.

Katanya sampah sarap yang dibuang pengunjung mencemarkan sumber air sekali gus mengundang kepada kehadiran tikus menyebabkan terjadinya masalah itu.

"Pada waktu sama penduduk sekitar kawasan rekreasi itu yang menggunakan sumber air terjun itu tidak terkena kencing tikus itu.

Saya nasihatkan pengunjung supaya jaga kebersihan kawasan tersebut bagi mengelak perkara sama berulang,"

No comments:

Post a Comment