Friday, August 15, 2014

127 mayat mangsa MH17 dikenal pasti


THE HAGUE: Pakar forensik Belanda sudah mengenal pasti identiti 127 mayat mangsa nahas pesawat MH17, dengan 20 nama mereka dimaklumkan kepada ahli keluarga dan waris hari ini.
"Daripada 20 nama itu, 15 adalah warganegara Belanda. Kewarganegaraan mereka yang lain belum dikeluarkan lagi," kata stesen penyiaran Belanda, NOS dalam laman webnya.
Pesawat 777 MH17 milik Penerbangan Malaysia terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat dengan 193 daripada mereka adalah rakyat Belanda.
Pasukan penyiasat nahas udara Belanda berkata, mereka menjangkakan laporan awal mengenai punca nahas pesawat MH370 boleh dikeluarkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.
Sementara itu, Pejabat Keadilan Belanda berkata, berpuluh pegawai negara itu serta kira-kira 200 penyiasat sedang berusaha untuk membawa ke jenayah berkenaan ke muka pengadilan.
"Sehingga yang diketahui, ini adalah siasatan terbesar membabitkan kes jenayah dalam sejarah Belanda," kata pejabat peguam negara dalam satu kenyataan. - AFP

No comments:

Post a Comment