Friday, August 15, 2014

Wan Azizah dakwa 30 ADUN sokongnya jadi MB



WAN AZIZAH (duduk tengah) bersama sebahagian daripada 30 orang ADUN yang menyokong beliau pada sidang akhbar di Subang semalam.


SUBANG JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam mendakwa menerima sokongan majoriti daripada 30 orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor untuk beliau menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Wan Azizah, seramai 15 ADUN DAP serta 13 ADUN PKR termasuk dirinya sendiri bersama dua ADUN Pas menyatakan sokongan kepadanya untuk mengambil alih tugas sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Jelasnya, situasi tersebut menjadikan beliau kini mendapat sokongan 30 orang ADUN berbanding Abdul Khalid yang hanya disokong oleh 25 ADUN iaitu 12 ADUN UMNO dan 13 lagi ADUN daripada Pas yang masih belum menyatakan sokongan secara terbuka.
"Kesemua 30 orang ADUN menyatakan pendirian secara bertulis menyokong saya sebagai Menteri Besar Selangor di dalam akuan bersumpah yang ditandatangani mereka sendiri selain turut hadir pada hari ini (semalam).


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3APYRDWrv 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment