Friday, August 15, 2014

PAS Selangor beri 24 jam tarik pendirian


Shah Alam: PAS Selangor memberi tempoh 24 jam kepada dua ADUN parti itu untuk menarik balik pendirian atau menghadapi tindakan.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, parti itu memandang serius tindakan kedua-dua ADUN terbabit yang mengambil sikap bersendiri tanpa menurut tatacara dan arahan parti.


Menurutnya, tindakan ADUN berkenaan yang membelakangi pendirian parti amat serius.



“Mengapa terlalu gopoh hingga parti dibelakangkan? Bukankah PAS Pusat akan bermesyuarat 17 Ogos ini? “Kita akan patuh apa juga keputusan dan ketetapan yang akan dibuat Pas Pusat,” katanya dalam satu kenyataan media, petang semalam.


Sementara itu, Setiausaha Agung parti berkenaan, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS akan siasat tindakan dua ADUN terbabit yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.


“Bagi berlaku adil kepada ADUN Hulu Klang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin, PAS akan membuat siasatan dalaman sekali pun jelas mereka hadir pada sidang media Presiden PKR itu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/08/15

No comments:

Post a Comment