Friday, September 26, 2014

Anas Urbaningrum dipenjara


JAKARTA 25 Sept. - Mahkamah antirasuah Indonesia menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun dan denda sebanyak 300 juta rupiah (RM81,344) ke atas bekas pemimpin tertinggi Parti Demokratik Indonesia, Anas Urbaningrum kerana peranannya dalam kes rasuah membabitkan projek kompleks sukan Hambalang.
Lima ahli panel Mahkamah Rasuah mendapati, Anas bersalah atas dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram berkaitan pembinaan kompleks itu di Bogor, Jawa Barat dan beberapa projek negeri yang lain.
Anas turut diperintahkan membayar sejumlah 57 bilion rupiah (RM15.4 juta) dalam bentuk ganti rugi dalam tempoh sebulan atau mahkamah akan mengarahkan pendakwa raya supaya merampas hartanya.
"Sekiranya beliau gagal membayar denda itu, hukuman penjara ke atasnya akan ditambah tiga bulan lagi," kata hakim Haswandi seperti laporan Jakarta Post.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140926/lu_08/Anas-Urbaningrum-dipenjara#ixzz3ENC5zQPC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment