Pemimpin Islam berpendapat undang-undang antikeganasan perlu seimbang dengan keselamatan dan hak sivil.
Pemimpin Islam berpendapat undang-undang antikeganasan perlu seimbang dengan keselamatan dan hak sivil.
CANBERRA - AUSTRALIA. Masyarakat Islam di Australia semakin terancam berikutan gelombang baharu Islamophobia kini melanda negara itu.

Media melaporkan, masjid kini menjadi sasaran utama dan beberapa tokoh agama didakwa turut menerima ancaman bunuh.

Difahamkan, golongan wanita juga tidak terkecuali menerima tempias akibat persepsi buruk sesetengah pihak terhadap Islam.
Difahamkan, Islamophobia semakin meningkat di Canberra selepas kerajaan mengumumkan pelan mereka untuk memperkenalkan undang-undang antikeganasan baharu di Parlimen.

Undang-undang baharu tersebut didakwa memberikan kuasa lebih luas kepada polis untuk menjejak rumah suspek secara rahsia. 

Kelmarin, Mufti Besar Australia, Ibrahim Abu Mohammed bersama pemimpin agama di negara itu menggesa masyarakat Islam supaya menolak mana-mana hasutan ekstremis yang melanggar hukum syarak.

Gesaan itu dibuat selepas pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan di Parlimen susulan daripada kejayaan polis menggagalkan rancangan kumpulan ekstremis yang mahu melakukan pembunuhan awam.

Minggu lalu, seramai 15 orang  turut ditahan dalam operasi yang disertai kira-kira 800 polis persekutuan dan negeri di beberapa lokasi di sekitar Sydney dalam laporan Press TV.