Friday, September 26, 2014

Britain tahan dua lagi suspek keganasan

JUMAAT, 26 SEPTEMBER 2014 @ 4:35 PM

 
LONDON: Polis Britain menahan dua lagi suspek dalam siasatan mengenai 'keganasan', sehari selepas sembilan orang ditahan termasuk seorang ulama radikal.

Polis berkata kedua-dua lelaki terbabit ditahan pada awal pagi ini di dalam sebuah kenderaan di Lebuhraya M6, antara central London dan utara England.

Salah seorang daripada mereka berusia 33 tahun, ditahan kerana 'menggalakkan keganasan' dan menjadi anggota pertubuhan yang disenaraikan manakala seorang lagi berumur 42 tahun, ditahan kerana membantu seorang pesalah.

Sembilan orang yang ditahan semalam juga disyaki ada kaitan dengan pertubuhan yang diharamkan, iaitu kumpulan ekstrem Al-Muhajiroun.



Ia diasaskan secara bersama oleh salah seorang yang ditahan, Anjem Choudary, yang sering dipetik oleh akhbar tabloid Britain mengenai pandangan kontroversialnya berhubung Islam dan Asia Barat.

Choudary, bekas peguam berusia 47 tahun, juga dikenali kerana menganjurkan perarakan anti-Barat di bandar Wootton Bassett.

Al-Muhajiroun juga mempunyai beberapa nama berlainan dan berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan Britain dan menubuhkan sebuah pemerintahan khalifah. - AFP

No comments:

Post a Comment