Friday, September 26, 2014

MH17: Anak Tambi Jiee dikenal pasti


Kuala Lumpur: Satu lagi jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Muhammad Afruz Tambi, 13, dikenal pasti semalam.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, semua enam ahli keluarga Tambi Jiee kini sudah ditemui selepas lima jenazah mereka dibawa pulang sebelum ini. 
Katanya, terdapat dua lagi rakyat Malaysia masih belum dikenal pasti iaitu Siti Amirah Parawira, 83, dan Shaliza Zaina Dewa, 45. 

"Kita sudah mengenal pasti jenazah salah seorang anak Tambi Jiee iaitu Muhammad Afruz.
Foto

"Buat masa ini kita belum mendapat pelepasan dari Belanda untuk membawa pulang jenazah.

“Namun semua jenazah keluarga Tambi Jiee berjaya ditemui," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/26

No comments:

Post a Comment