Monday, October 20, 2014

PM Jepun Hilang Dua Menteri Kabinet Wanita


Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 3:02 PM
Shinzo Abe

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Isnin menerima tamparan hebat dengan peletakan jawatan dua menteri kabinet wanitanya berhubung dakwaan mereka menyalahgunakan dana politik.

Menteri Industri Yuko Obuchi dan Menteri Keadilan, Midori Matsushima, meletakkan jawatan setelah baru-baru ini dituduh menyalahgunakan wang dalam apa yang dikatakan pembangkang sebagai satu usaha untuk membeli undi.

Peletakan jawatan ini mengurangkan menteri kabinet wanita kepada tiga orang selepas tindakan Abe melantik lima menteri kabinet wanita dalam pentadbirannya pada September mendapat pujian ramai.

"Saya adalah orang yang melantik kedua-dua mereka. Sebagai Perdana Menteri, saya mengambil tanggungjawab ini dan sangat memohon maaf kerana situasi ini," Abe kepada pemberita, sambil menambah beliau akan menggantikan dua menteri berkenaan dalam masa beberapa hari.

Pengunduran dua menteri itu adalah kemelut yang pertama untuk Abe sejak memegang tampuk pemerintahan pada bulan Disember 2012.

TMJ Tamat Zaman Bujang Jumaat Ini


Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 11:54 AM
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, 30, bakal menamatkan zaman bujangnya Jumaat ini apabila melangsungkan pernikahan dengan Cik Khaleeda Bustamam, 21.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata istiadat pertunangan dan pernikahan baginda dengan wanita pilihannya itu akan berlangsung di Istana Bukit Serene pukul 10 pagi pada hari itu.
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar akan menghadiahkan tujuh barangan kepada pihak perempuan, manakala pihak keluarga perempuan pula akan membalasnya dengan sembilan barangan," katanya pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, Isnin.
Istiadat pernikahan dikendalikan Mufti Johor Datuk Tahrir Samsuddin.
Hanya kerabat dan keluarga terdekat kedua-dua pasangan dijemput menghadiri istiadat pertunangan dan pernikahan itu.
Cik Khaleeda akan dikurniakan gelaran Che Puan, isteri kepada Tunku Mahkota Johor selepas istiadat pernikahan itu, menurut Abdul Rahim.
Katanya, istiadat merisik telah pun berlangsung pada 27 Sept lepas dengan rombongan diraja diketuai Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor itu juga mengumumkan istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor dengan Cik Khaleeda akan diadakan di Istana Besar, Johor Baharu pada 7.30 malam, 8 Nov depan.
Istiadat persandingan itu bakal berlangsung secara sederhana tetapi penuh dengan adat istiadat diraja Johor dan ketenteraan, dijangka dihadiri oleh kira-kira 1,200 jemputan dari dalam dan luar negara.
Antara tetamu kehormat yang akan menghadiri istiadat itu termasuk Sultan Brunei, Sultan Pahang, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Perdana Menteri Singapura serta barisan exco dan anggota Dewan Undangan Negeri Johor.
Menurut Abdul Rahim tiada liputan media bagi istiadat berkenaan.
Tunku Mahkota Johor diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Baharu dan merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik kepada Sultan Johor dan Raja Zarith Sofia.
Baginda mendapat pendidikan awal persekolahan di Johor Baharu sebelum melanjutkan pendidikannya di Australian International School, Singapura pada 1999 dan Hale School di Perth, Australia.
Bermula 17 Julai 2003 hingga 11 Disember 2004, Tunku Ismail menjalani latihan ketenteraan di India Military College di Dehradun, India dan ditauliahkan pangkat Leftenan.
Baginda menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama mengetuai Rejimen Berkuda Tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India, A.P.J Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Januari  2007.
Cik Khaleeda dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu kepada lima adik-beradik kepada pasangan Bustamam Daud dan Aziyah Abdul Aziz.
Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak bermula 2000 hingga 2003, sebelum meneruskan pendidikan awalnya di Sekolah St. George's Hanover Square, London pada 2003 hingga 2004.
Cik Khaleeda melanjutkan persekolahan menengahnya di Westminster Academy London pada September 2004 hingga Julai 2008 dan di Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur sekembalinya ke Malaysia pada 2010. - BERNAMA

Gambar Di FB: Zairil Fikir Ambil Tindakan Undang-Undang


Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 9:52 AM
Zairil (kiri) dan Dyana Sofya.

GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari memikirkan kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyiaran foto yang mengaitkan dirinya dengan seorang wanita di laman web sosial.

Foto-foto tersebut, yang menunjukkan seseorang yang kelihatan seperti dirinya sedang melakukan hubungan intim dengan seorang wanita yang kelihatan seperti calon DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud mula muncul di Facebook, Sabtu lalu.

"Saya telah berbincang dengan peguam saya dan akan membuat keputusan tidak lama lagi," kata Zairil di rumah terbuka Deepavali kuil Dewi Sri Mahamariamman Bathrakaliamman di Batu Ferringhi, Ahad.

"Ini adalah politik kotor paling teruk. Saya tidak terkejut kerana terdapat dakwaan di media sosial pada masa lalu menyatakan bahawa saya lebih gemar kepada perempuan muda.

"Telefon saya juga digodam ketika PRK Sg Limau di Kedah November lalu," katanya.

Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow kesal dengan posting tersebut.

"Memualkan apabila politik kotor menjadi berita sekali lagi. Ini agak tidak menyenangkan.

"Saya menggesa SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk menyiasat sumber dan membawa pelakunya ke muka pengadilan," kata Chang Yeow dalam satu kenyataan.

Jakim Siasat Program 'I Want To Touch A Dog'


Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 1:31 PM

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung penganjuran acara 'I Want To Touch A Dog' (Saya Mahu Sentuh Anjing) yang berlangsung di Central Park, One Utama dekat Petaling Jaya, petang Ahad.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata program itu tidak sepatutnya berlaku dan pihaknya kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak penganjur yang tidak prihatin dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Katanya, Islam di Malaysia yang berpegang teguh kepada Mazhab Syafie sudah jelas memperincikan bahawa anjing dan babi itu tergolong dalam najis mughallazah (berat).

"Acara itu tidak pernah dianjurkan sebelum ini dan ia merupakan kali pertama didedahkan kepada masyarakat, kita orang Islam dan agama sudah menetapkan dengan jelas hukum berkaitan anjing.

"Jakim akan segera menyiasat perkara ini dan sebarang tindakan akan dirujuk pada peruntukan-peruntukan yang ada," katanya kepada pemberita mengulas penganjuran program itu yang mendapat sambutan luar biasa daripada kalangan umat Islam di sekitar ibu kota, Ahad.

Othman ditemui media selepas merasmikan Multaqa Pengetua Sekolah Agama peringkat kebangsaan di sini, malam Ahad.

Beliau turut menasihatkan umat Islam agar melihat semula dan mendapatkan pandangan ulama mahupun ustaz sama ada apa yang dilakukan mereka dengan menyentuh, memeluk dan mendukung anjing itu betul dari segi agama dan selaras dengan tuntutan Islam.

Penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing' oleh Syed Azmi Alhabshi yang bertujuan membantu orang ramai terutama masyarakat Islam untuk mengatasi rasa takut mereka terhadap anjing.

Program selama dua jam bermula 8 pagi hingga 10 pagi itu dibanjiri ratusan umat Islam bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kehadiran seorang ustaz di samping dua individu lain dalam forum mini bagi menjawab pertanyaan dan kemusyiklan berkaitan anjing dalam acara tersebut, Othman berkata pihaknya akan turut menyiasat kelayakan agama lelaki berkenaan.

"Buat masa ini, kita tidak dapat maklumat lengkap sama ada betul atau tidak individu itu ustaz, sekarang ini siapa-siapa yang pakai songkok (berpenampilan alim) pun sudah boleh jadi ustaz," katanya.

UPSR Bocor: Murid Disleksia Saman Kerajaan


Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 3:28 PM

KUALA LUMPUR: Seorang murid lelaki penghidap dyslexia memfailkan saman terhadap pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia dan kerajaan yang didakwanya cuai dalam mengendalikan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, yang menyebabkannya perlu menduduki semula ujian bagi beberapa mata pelajaran.

K. Mangala Bhavani memfailkan saman itu bagi pihak murid berkenaan Ananda Krishnan Menon, 13, di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil pada 13 Oktober melalui firma guaman Messrs Rajadevan & Associates.

Saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 12 November.

Dalam penyata tuntutan, murid Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 2 itu berkata defenden gagal melaksanakan suatu sistem selamat bagi memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan.

Katanya defenden juga gagal menyelia petugas dan ejen mereka - wakil sah - dalam memastikan tidak berlaku kebocoran kertas soalan mulai proses awal penyediaan soalan, hinggalah proses pengedaran kertas soalan ke semua sekolah di Malaysia.

Peperiksaan UPSR dijadual diadakan dari 9 hingga 11 September, tetapi berikutan kebocoran kertas soalan, murid perlu menduduki semula ujian bagi kertas Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil pada 30 September dan 9 Oktober.

Ananda Krishnan mendakwa sebagai penghidap dyslexia dengan keperluan khas, dia mengalami stres, tekanan yang tidak sepatutnya dan kekecewaan serta hilang motivasi untuk menduduki semula peperiksaan UPSR.

Murid ini menuntut ganti rugi khas, am dan kos saman itu.

Selangor Minta Penjelasan Berhubung Dokumen Air


Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 4:42 PM
Azmin Ali
Azmin Ali.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali pada Isnin meminta Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memberi penjelasan tentang nasihat Pejabat Peguam Negara berhubung pendedahan kepada umum dokumen perjanjian air antara kerajaan negeri dengan kerajaan Pusat. 

Menurutnya, pendedahan dokumen itu seharusnya dibenarkan kerana ia tidak menyentuh sebarang isu berkaitan keselamatan negara.

"Apa nasihat dia (Pejabat Peguam Negara), saya nak tahu...mesti ada justifikasi kenapa dokumen itu dihalang (untuk didedahkan).

"Perlu beri penjelasan kerana perjanjian itu tidak melibatkan isu keselamatan...ia hanya kontrak perniagaan, kenapa perlu disembunyikan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perhimpunan bulanan jabatan kerajaan negeri Selangor di sini.

Sabtu lepas, menteri berkenaan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kandungan perjanjian air itu belum boleh didedahkan kepada umum.

Maximus berkata keputusan itu dibuat selepas kementerian mendapatkan nasihat Pejabat Peguam Negara. 

Nikah 24 Oktober

TUNKU Ismail (kiri) bakal melangsungkan perkahwinannya dengan Cik Khaleeda Bustamam 8 November ini. -
Johor Bahru: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal melangsungkan pernikahannya dengan Cik Khaleeda Bustamam di Istana Besar, di sini, pada 24 Oktober ini manakala majlis persandingan akan berlangsung pada 8 November.

Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat pertunangan dan pernikahan Tunku Ismail akan diadakan di Istana Bukit Serene, di sini.

"Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idrus memberi perkenan untuk Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinannya.

"Perkahwinan baginda akan dilangsungkan penuh istiadat Diraja Johor.

"Perkahwinannya juga akan berunsurkan istiadat ketenteraan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bukit Timbalan, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 1:44 PM


ABDUL Rahim (kanan) dan Datuk Latiff Yusof (kiri) ketika mengumunkan majlis pernikahan Tunku Mahkota Johor. FOTO Mohd Azren Jamaludin
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3078#sthash.E647t4aa.dpuf

Jerman tuduh pro-Russia


Berlin: Agensi perisikan Jerman menuduh pemberontak pro-Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Ukraine menggunakan peluru berpandu yang dirampas daripada tentera Ukraine.

Ketua agensi perisikan Jerman BND Gerhard Schlinder berkata, siasatan mereka mendapati pemberontak pro-Russia menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang dirampas dari pangkalan tentera Ukraine.

Selain itu, Schindler berkata, dakwaan Russia bahawa peluru berpandu itu dilancarkan oleh anggota tentera Ukraine serta jet pejuang Ukraine terbang berhampiran MH17 juga adalah palsu, menurut majalah Jerman Spiegel.

Gambar oleh Ukraine juga telah diubah suai tetapi beliau tidak memberi ulasan lanjut mengenainya.

Schlinder mengemukakan hasil siasatan mereka itu kepada jawatankuasa parlimen mengawal kerja-kerja perisikan pada 8 Oktober lalu.

Sebelum ini, Kiev dan negara barat menuduh pemberontak pro-Russia menggunakan sistem BUK dibekalkan oleh Russia yang menafikan dakwaan tersebut.

Namun, Timbalan Perdana Menteri Republik Donetsk Andrei Purgin menafikan tuduhan tersebut.

“Tuduhan ini tidak berasas,” katanya kepada agensi berita Russia Interfax.

Tambahnya lagi, peluru berpandu itu hanya boleh dilancarkan oleh pakar yang terlatih.

“Bekas pelombong yang mempertahankan negara mereka tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan sistem yang canggih itu,” katanya.

Namun, pegawai perisikan Amerika Syarikat pernah berkata Julai lalu bahawa pesawat tersebut mungkin ditembak jatuh oleh pemberontak yang tidak terlatih.

Sebelum ini, laporan awal penyiasat Belanda bulan lalu mendapati MH17 terkena beberapa objek kuasa tinggi tetapi tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, 17 Julai lalu.

Seramai 283 penumpang dan 15 anak kapal terkorban termasuk dari Malaysia, Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 12:54 PM


SERPIHAN pesawat MH17 yang ditembak jatuh. FOTO EPA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3065#sthash.M5ofkb8D.dpuf

Kerja undang fitnah



mahaizura@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Penganjuran 'I want to touch a dog' (saya hendak sentuh anjing) di Central Park, One Utama, Selangor pagi semalam, tidak wajar dilakukan kerana boleh mengeliru dan mendatangkan fitnah kepada umat Islam.

Pengerusi Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dr Mohd Fauzi Zakaria berkata, tindakan penganjur itu boleh mengganggu gugat sensitiviti orang Islam dan memesongkan akidah.

"Tindakan ini mendatangkan fitnah sedangkan masyarakat kita berpegang teguh dengan amalan mengikut Mazhab Syafie sejak zaman berzaman. Sudah jelas larangan dan hadis Rasullullah SAW supaya jauhkan anjing daripada rumah kerana najis air liurnya selain menghalang Malaikat Rahmat dan Jibril masuk rumah.

"Pandangan saya, apa yang mereka buat itu ke arah menggalakkan lagi orang Melayu yang beragama Islam seolah-olah menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan sedangkan ia tidak boleh setaraf dengan kucing kerana air liurnya najis mughallazah (berat) dan perlu disamak dengan air tanah sebanyak tujuh kali," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas penganjuran acara 'I want to touch a dog' yang bertujuan membuang stigma orang ramai daripada perasaan takut dengan anjing.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 5:15 AM


PENGUNJUNG Islam tanpa segan silu membelai anjing di Central Park, One Utama, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3041#sthash.B7sV9oyF.dpuf

Kesan pesawat melalui awan


Kuala Lumpur: Seorang saintis Australia bagai memberi harapan baru kepada ahli keluarga mangsa pesawat Penerbangan Malaysia MH370 apabila memberitahu wujud kemungkinan mengesan pesawat itu melalui kajian terhadap perubahan awan.

Pakar dalam bidang mikrofizik dan mengetuai sebuah syarikat perunding, Australian Management Consolidated, Aron Gingis berkata, pesawat yang hilang sejak tujuh bulan lalu itu boleh dikesan melalui jejak pemeluwapan terhasil akibat pembakaran bahan api daripada pesawat itu.

Menurutnya, dia sudah menggunakan teknologi yang sama untuk menjejaki sebuah kapal yang karam di utara Lautan Pasifik.

Katanya, kaedah mikrofizik digunakan untuk mengkaji perubahan awan yang terhasil daripada bahan bakar kapal yang terapung dan kemudiannya dikesan menerusi data satelit.

“Saya dapat mengesan laluan kapal di Lautan Pasifik Utara dengan mengenal pasti pelepasan wap bahan api yang terdapat di dalam awan dan kaedah sama boleh dilakukan dalam kes penyiasatan MH370,” katanya dalam satu wawancara bersama rancangan News 24 Australia.

Bagi memperkuatkan hujahnya, Gingis berkata, wujud kemungkinan yang realistik untuk menjejaki laluan pesawat MH370 menggunakan kaedah yang sama dan seterusnya mengenal pasti lokasi di mana pesawat itu hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 5:11 AM


GINGIS jejaki MH370 menggunakan awan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3036#sthash.9lCKa5iS.dpuf

Si Hantu Colombia


Mexico: Dengan wajahnya yang menakutkan, lelaki ini tidak mungkin diterima bekerja.

Malah, mungkin dia akan diusir sebaik memasuki bilik temuduga.

Inilah Si Hantu dari Colombia yang bangga dengan tatu hitam pada bola matanya, beberapa implan tanduk dan begitu banyak tindik.

Dengan wajahnya itu, Caim Mortis sudah pasti menjadi lelaki yang tidak perlu berpakaian khas bagi menghadiri majlis seperti Halloween.

Lelaki berusia 42 tahun ini menghabiskan 11 tahun daripada hidupnya untuk 'mengubah suai' tubuhnya, termasuk mentatu seluruh bola matanya menjadi hitam, membuat implan tanduk pada dahi dan lengan.

Tidak cukup dengan itu, dia menindik tanduk itu.

Akibat daripada tindakannya itu, keluarga Caim yang taat kepada ajaran Katolik, enggan menerimanya menyebabkan dia berpindah dari Colombia ke Mexico, tempat dia boleh diterima masyarakat.

"Apabila orang melihat saya kali pertama, reaksi mereka ialah terkejut atau hairan.

"Soalan pertama mereka tanya ialah 'tidak sakitkah' atau 'siapa yang melakukan ini terhadap kamu,'" katanya.

Menurutnya antara perkara yang mendorongnya melakukan pengubahsuaian pada tubuhnya ialah keinginan untuk menjadi unik dan berbeza berbanding orang lain.

Seperti Caim, ramai lagi yang ingin kelihatan pelik dan dia membantu mereka dalam tugasnya selaku artis tatu.

Minggu ini, Caim berkata, dia akan melancarkan karier baru musim Halloween akan datang, bersama-sama dengan rakannya, Gisella, yang akan memegang watak 'malaikatnya.'- Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014 @ 5:05 AM
CAIM.


CAIM.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2785#sthash.B4OP9Irv.dpuf

Detik kritikal Hong Kong


Hong Kong: Aktivis prodemokrasi semalam menuduh pihak polis menggunakan kekerasan melampau terhadap penunjuk perasaan selepas pertempuran sengit berlaku di Hong Kong dalam keadaan yang digelar seorang ahli politik kanan sebagai ‘detik kritikal’ buat wilayah itu.

Puluhan anggota polis yang menggunakan topi keledar dan perisai memaksa peserta demonstrasi yang berhimpun di sekatan didirikan mereka di Mongkok supaya berundur dengan mengancam mereka berulang kali menggunakan cota.

Peserta perhimpunan dikenali sebagai Jackie, 30, yang cedera di kepala dan kemeja-T dipakai berlumuran darah menuduh pihak polis bertindak keterlaluan.

“Mereka memukul tanpa sebab ketika kami berdiri di belakang sekatan.

“Saya dipukul cota polis empat atau lima kali sehingga terpaksa melindungi kepala dengan tangan, namun mereka tidak peduli dan terus memukul badan saya.

“Beberapa orang di belakang saya membuka payung mereka namun polis terus memukul mereka sedangkan kami semua tidak berkelakuan agresif langsung,” katanya.

Seramai 20 orang cedera pada hari keempat perbalahan yang berlaku selepas tiga minggu perhimpunan serta sekatan jalan dilakukan secara aman di tiga kawasan paling sibuk Hong Kong.

Ada penunjuk perasaan terpaksa diusung keluar dan ada juga yang dirawat untuk kecederaan ringan.

Ramai dilihat memakai topi keras dan menggunakan barangan serta perkakasan rumah termasuk pelapik getah bayi sebagai alat perlindungan.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan peserta demonstrasi malah ketua kumpulan Liga Pertahanan Hong Kong James Hon berkata, mereka tidak langsung melakukan sebarang provokasi.

“Polis melanggar prinsip penggunaan kekerasan minimum untuk menyuraikan demonstrasi kami yang aman ini.

“Mereka menggunakan cota dan itu mampu mengakibatkan kecederaan atau maut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 5:04 AM


Jackie, penunjuk perasaan prodemokrasi menunggu gilirannya untuk dirawat di hospital selepas mengalami kecederaan di kepala ketika bertempur dengan polis di Mong Kok.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2985#sthash.T8EArbqG.dpuf

Keluarga mangsa MH17 dari Belanda ke tapak nahas cari mayat sepupu

ISNIN, 20 OKTOBER 2014 @ 10:03 AM

 

SEORANG ahli keluarga mangsa nahas MH17 dari Belanda, Robby Oehlers pergi sendiri ke tapak lokasi nahas di timur Ukraine untuk mencari mayat sepupunya yang masih belum dijumpai. - Foto NOS/De Telegraaf
THE HAGUE: Seorang ahli keluarga mangsa nahas MH17 dari Belanda pergi sendiri ke tapak lokasi nahas di timur Ukraine untuk mencari mayat sepupunya yang masih belum dijumpai.

Stesen televisyen Belanda, NOS menunjukkan bagaimana Robby Oehlers berada di tapak nahas di mana pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas pada 17 Julai lalu yang mengorbankan semua 298 orang di dalam pesawat.

Pakar forensik Belanda setakat ini sudah mengenal pasti identiti 278 mangsa, namun belum menemui Daisy Oehlers, 20, yang dalam penerbangan ke Bali bersama rakannya, Bryce Frederiksz, 23, ketika pesawat Boeing 777 itu terhempas.




SEORANG ahli keluarga mangsa nahas MH17 dari Belanda, Robby Oehlers pergi sendiri ke tapak lokasi nahas di timur Ukraine untuk mencari mayat sepupunya yang masih belum dijumpai. - Foto ANP/De Telegraaf
Keluarga Oehlers sebelum ini 'marah dan kecewa' kerana pihak berkuasa mengambil masa terlalu panjang untuk mengesan mayat mangsa.

"Justeru, Robby Oehlers memutuskan untuk melawat ke tapak nahas dan merancangkannya dengan menghubungi kumpulan pemisah," lapor stesen penyiaran itu.

Empat pakar Belanda kembali semula ke lokasi nahas yang kini dikuasai puak pemisah pro-Russia di timur Ukraine namun kerajaan Belanda berulang kali mendakwa mereka tidak diberi akses sepenuhnya ke kawasan kejadian.

Meskipun dalam keadaan tembakan masih kedengaran, Oehlers meneruskan pencarian dengan menjumpai beg pakaian berwarna biru berhampiran bangkai gear pendaratan dan enjin pesawat.

"Sukar untuk berkata-kata. Ia amat menyedihkan kerana siasatan belum boleh dilakukan sampai ke tahap ini," kata Robby. - AFP

Abe hadapi kemelut paling besar susulan peletakan jawatan menteri

ISNIN, 20 OKTOBER 2014 @ 10:07 AM

 
TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe hari ini berdepan kemelut paling besar sejak mengambil alih jawatan pada 2012 berikutan peletakan jawatan menteri perdagangan dan industrinya yang baharu berhubung pertikaian mengenai perbelanjaan politik.

Pihak media juga meramalkan bahawa menteri kehakimannya juga akan digantikan berikutan tuduhan pembangkang bahawa beliau melanggar undang-undang pilihan raya.

Menteri Perdagangan dan Industri, Yuko Obuchi, 40, anak perempuan bekas seorang perdana menteri, yang disebut-sebut antara tokoh yang mungkin menjadi perdana menteri wanita pertama di Jepun, memberitahu sidang media beliau meletakkan jawatan berikutan dakwaan penyokongnya menyalah guna dana politik.

Obuchi adalah seorang daripada lima wanita yang dilantik Abe dalam rombakan kabinet kurang dari dua bulan lalu - langkah yang dilihat bertujuan menaikkan popularitinya dan menunjukkan komitmennya mempromosi wanita sebagai sebahagian daripada strategi 'Abenomics' bagi memulihkan ekonomi.



Agensi berita Kyodo berkata, Abe juga sedang menimbang untuk menggantikan Menteri Kehakiman, Midori Matsushima.

Jumaat lalu parti pembangkang, Parti Demokratik memfailkan aduan jenayah terhadap Matsushima, dan menuduhnya melanggar undang-undang pilihan raya dengan mengedarkan kipas kertas kepada pengundi. Parti berkenaan mendesak supaya beliau meletakkan jawatan.

Selain Obuchi dan Matshusima, Menteri Pertahanan, Akinori Eto juga dipersoalkan oleh pembangkang berhubung isu berkaitan dana politik.

Pengunduran Obuchi adalah peletakan jawatan pertama kabinet Abe, yang mengambil alih jawatan pada Disember 2012 bagi penggal kedua, dengan berjanji untuk memulihkan ekonomi dan memperkukuhkan kedudukan pertahanannya. - REUTERS


Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Yuko Obuchi ketika tiba di kediaman rasmi Perdana Menteri Shinzo Abe pagi ini. - Foto REUTERS

Pemimpin Hong Kong dakwa pihak luar terbabit dalam bantahan

ISNIN, 20 OKTOBER 2014 @ 1:18 PM

 
HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying mendakwa 'pihak luar' turut terbabit dalam bantahan prodemokrasi yang berlaku sejak lebih tiga minggu lalu.

Bercakap dalam temu ramah televisyen semalam, Leung percaya ada orang atau organisasi luar dari bahagian tertentu dunia yang terbabit.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara khusus negara mana yang dimaksudkannya.

Ia adalah pertama beliau mendakwa wujud pembabitan pihak luar dalam bantahan besar-besaran berkenaan.



Kerajaan Pusat China juga sebelum ini mendakwa, ada pembabitan daripada pihak luar yang cuba mewujudkan kekacauan tetapi tidak menyatakan bukti bagi menyokong dakwaan itu.

Persekutuan Pelajar Hong Kong dengan serta-merta menolak dakwaan itu.

Setiausaha Agungnya, Alex Chow berkata Leung hanya mereka-reka cerita mengenainya. - AP


Penunjuk perasaan prodemokrasi meneruskan tindakan menduduki kawasan Mongkok, Kowloon di Hong Kong hari ini walaupun ditegah oleh pihak berkuasa. - Foto EPA

Perisik Jerman dakwa pemisah Ukraine tembak jatuh MH17

ISNIN, 20 OKTOBER 2014 @ 2:05 PM

 
BERLIN: Agensi perisikan Jerman mendakwa kumpulan pemisah pro-Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat penumpang Malaysia, MH17 di Ukraine menggunakan peluru berpandu yang ditawan dari tentera kerajaan.

Laporan media hari ini menyebut, Kiev dan negara Barat sebelum ini mendakwa pesawat Penerbangan Malaysia MH17 itu ditembak di udara pada Julai lalu oleh pemisah menggunakan peluru berpandu BUK sistem permukaan ke udara yang dibekalkan oleh Russia, namun dinafikan oleh Moscow.

Namun, ketua Agensi Perisikan Jerman (BND), Gerhard Schindler, berkata maklumat perisikan mendapati puak pemberontak menawan sistem BUK dari pangkalan tentera Ukraine dan melepaskan tembakan sehingga meletup berhampiran pesawat, demikian dipetik Majalah Spiegel.

Pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu terhempas pada 17 Julai lalu ketika pesawat terbang di ruang udara wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 153 warga Belanda.



Schindler berkata, dakwaan Russia bahawa misil berkenaan ditembak oleh askar Ukraine dan pesawat pejuang Ukraine dilihat terbang rapat dengan MH17 adalah tidak benar.

Beliau juga berkata, gambar yang dikeluarkan Ukraine juga sudah 'dimanipulasikan' namun laporan itu tidak pula menjelaskan gambar berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri yang mendakwa mewakili Republik Rakyat Donetsk, Andrei Purgin, segera menafikan laporan berkenaan yang dianggap tidak berasas.

"Tuduhan terhadap kami ini tanpa sebarang asas," katanya kepada agensi berita Russia, Interfax sambil menambah, peluru berpandu BUK hanya mampu dilepaskan oleh pakar yang sudah terlatih.

Pada Julai lalu, pegawai perisikan Amerika berkata, pesawat kemungkinan tersalah tembak sehingga jatuh oleh askar pemisah yang kurang terlatih.

"Bekas pelombong yang hari ini mempertahankan negaranya tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan sistem yang serba canggih itu," katanya.

Laporan siasatan awal Belanda yang dikeluarkan bulan lalu menunjukkan MH17 terkena 'objek berkuasa tinggi' namun tidak meletakkan pihak yang melakukannya. - AFP

Joko Widodo angkat sumpah Presiden Indonesia ketujuh

ISNIN, 20 OKTOBER 2014 @ 11:50 AM

 
Daripada Azman Zakaria


JOKO Widodo mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Indonesia di Bangunan Parlimen, Jakarta, hari ini. Widodo, 53, yang sebelum ini Gabenor Jakarta memenangi pilihan raya presiden pada Julai lalu dengan kelebihan 53 peratus undi. - Foto AP
JAKARTA: Joko Widodo menjadi Presiden baharu Indonesia yang ketujuh hari ini selepas mengangkat sumpah jawatan pada majlis pelantikan sebentar tadi.

Joko, 53, yang mesra dengan panggilan Jokowi mengambil alih pentadbiran daripada Susilo Bambang Yudhoyono yang tamat tempoh pentadbiran selama dua penggal.



Jokowi menewaskan Prabowo pada pilihan raya presiden Julai lalu.

Turut mengangkat sumpah pelantikan jawatan pada majlis di Dewan Permesyuaratan Rakyat (DPR) di sini ialah Jusuf Kalla sebagai Naib Presiden.


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyertai kalangan 18 kenamaan asing dan sembilan ketua kerajaan bagi menghadiri upacara mengangkat sumpah Joko Widodo sebagai Presiden baharu Indonesia di Jakarta, pagi ini. - Foto AP
Gandingan Jokowi-JK (Jusuf Kalla) akan memimpin negara dengan penduduk seramai 250 juta itu selama tempoh lima tahun sehingga 2019.

Prabowo turut hadir pada majlis pelantikan itu dan bangun tanda hormat ketika kehadirannya diumumkan.

Seramai 18 orang kenamaan asing dan enam ketua negara dan kerajaan hadir termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

AP melaporkan, upacara mengangkat sumpah jawatan turut dihadiri Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry.


SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat, John Kerry turut menghadiri upacara angkat sumpah Presiden Indonesia ketujuh. - Foto AFP
Widodo, yang sebelum ini Gabenor Jakarta memenangi pilihan raya presiden pada Julai lalu dengan kelebihan 53 peratus undi.

Bekas jurujual perabot itu mencatat sejarah kerana menjadi presiden pertama yang bukannya berasal daripada golongan ahli politik terkenal, ahli perniagaan dan ketua tentera elit negara itu.

Sementara itu kain pemidang direntang di tepi jalan raya menuju bangunan DPR dengan kata-kata ucapan tahniah kepada Jokowi-JK.


JOKO "Jokowi" Widodo mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Indonesia di Bangunan Parlimen, Jakarta, hari ini. - Foto AP

BEKAS Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri melambaikan tangan ketika hadir untuk upacara mengangkat sumpah jawatan pada majlis pelantikan presiden. - Foto AP

Parlimen Australia tarik balik larangan burqa

ISNIN, 20 OKTOBER 2014 @ 11:26 AM

 
CANBERRA: Parlimen Australia hari ini menarik balik larangan menutup muka, termasuk burqa dan niqab selepas campur tangan Perdana Menteri, Tony Abbott.

Awal bulan ini, jabatan kerajaan yang mengendalikan urusan di Parlimen mengumumkan bahawa wanita yang menutup muka tidak lagi dibenarkan berada di galeri terbuka di Dewan Rakyat atau Senat.

Sebaliknya, mereka diarah ke galeri yang selalunya disediakan untuk kanak-kanak sekolah yang membuat bising, di mana terdapat cermin kalis bunyi.

Pengumuman pada 2 Oktober itu dibuat beberapa jam sebelum sidang terakhir sesi dua minggu lalu namun larangan itu dilaporkan tidak memberi apa-apa kesan.



Namun, beberapa jam sebelum bermula sesi baharu Parlimen hari ini, Jabatan Perkhidmatan Parlimen atau DPS dalam satu kenyataan berkata, mereka yang menutup muka dibenarkan di semua tempat awam di bangunan Parlimen.

Katanya, pakaian yang menutup muka perlu dibuka sementara ketika melalui pusat pemeriksaan keselamatan di pintu hadapan agar kakitangan dapat mengenal pasti orang yang dilarang memasuki Parlimen atau yang diketahui boleh menimbulkan risiko keselamatan.

Larangan terhadap penutupan muka di galeri awam dikecam dengan meluas sebagai tindakan bagi mengasingkan wanita Muslim dan boleh melanggar undang-undang anti diskriminasi persekutuan.

Abbott kemudian menjelaskan beliau tidak dimaklumkan terlebih dulu mengenai larangan itu dan meminta Speaker, Bronwyn Bishop memikir semula keputusan itu.

Larangan itu dikuatkuasakan dengan kebenaran Bishop, yang sebelum ini pernah berkempen bagi larangan pemakaian skaf di sekolah kerajaan, yang juga disokong oleh Presiden Senat, Stephen Parry.

Pihak pembangkang mengalu-alukan penarikan balik 'larangan burqa' itu dan mahukan penjelasan diberikan kenapa ia dikuatkuasakan.

"Pada 2014 selama dua minggu, dasar rasmi Parlimen Australia adalah mengamalkan pengasingan dan kita perlu memastikan ia tidak berlaku lagi," kata ahli parlimen pembangkang, Tony Burke.

Abbott hari ini berada di Jakarta bagi upacara mengangkat sumpah Presiden baharu Indonesia, Joko Widodo. - AP


Gambar fail menunjukkan wanita di Sydney memakai tudung dan burqa. - Foto AFP
Protes semakin ganas
20 Oktober 2014

 Kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis Hong Kong dalam keganasan yang memasuki hari keempat.
Kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis Hong Kong dalam keganasan yang memasuki hari keempat. Kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan polis Hong Kong dalam keganasan yang memasuki hari keempat.

HONG KONG - Polis Hong Kong dan kumpulan penunjuk perasaan pro demokrasi bertempur awal pagi semalam, mengakibatkan lebih 20 orang cedera dalam keganasan yang memasuki hari keempat.

Berpuluh polis yang memakai topi keledar dan perisai keselamatan memasuki kawasan penunjuk perasaan yang menguasai daerah utara Mongkok dengan sesetengahnya terpaksa menggunakan belantan.

Menurut wartawan AFP dan anggota paramedik di tempat kejadian, sesetengah penunjuk perasaan terpaksa diusung selepas kepala mereka cedera dan berdarah.

Polis dalam satu kenyataan berkata, mereka terpaksa menggunakan 'kekerasan minimum' selepas penunjuk perasaan secara tiba-tiba merempuh ke kawasan keselamatan yang berpagar.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan penunjuk perasaan sambil menegaskan mereka tidak melakukan sebarang provokasi.

Jurucakap Agensi Perkhidmatan Penerangan kerajaan memberitahu, pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis Hong Kong bermula dari tengah malam dan berakhir kira-kira jam 6 pagi (waktu tempatan).

Kekacauan lebih tiga minggu yang diterajui pelajar itu tercetus berikutan China berkeras menapis calon bagi pilihan raya 2017 di Hong Kong, walaupun penduduk telah dijanjikan bahawa mereka bebas memilih pemimpin mereka.

Polis kejar, tahan ibu nak bersalin


- Foto: dailymail.co.uk
- Foto: dailymail.co.uk
IOWA - AMERIKA SYARIKAT. Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu si suami dikejar dan ditahan polis ketika memandu laju menuju ke hospital.

Menceritakan semula keadaan sebenar, Rachel Kohnen, ibu kepada empat anak yang hendak melahirkan anak berkata suaminya, Ben memecut lebih 30 kilometer (km) daripada had laju yang ditetapkan.

Kohnen yang enggan melahirkan anak di dalam kereta memaksa suaminya terus memandu sejurus selepas pegawai polis membunyikan siren untuk meminta mereka memberhentikan kenderaan.

Ketegangan memuncak apabila pihak berkuasa bertindak melemparkan paku tayar untuk memberhentikan kenderaan mereka, memaksa pasangan tersebut keluar dari kereta dengan pistol diacukan ke arah mereka.

Pegawai polis tersebut kemudiaannya menyedari keadaan Kohnen yang ingin melahirkan anak.

“Saya beritahu suami supaya jangan berhenti dan saya menjerit mengatakan saya tidak mahu lahirkan anak kami di dalam kereta,” kata Kohnen.

Jelas pasangan itu, mereka cuba menghubungi talian kecemasan 911, namun ia sudah terlambat.

Menurut laporan Mail Online, Kohnen selamat melahirkan seorang anak perempuan seberat 4.5 kilogram yang diberi nama Hazel.

Jokowi angkat sumpah hari ini


JOKOWI


JAKARTA – Bekas Gabenor Jakarta, Joko Widodo mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia yang baharu hari ini dalam satu majlis di parlimen negara itu yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin dunia.
Joko atau lebih dikenali sebagai Jokowi menjadi Presiden Indonesia ketujuh selepas mengambil alih pemerintahan daripada Susilo Bambang Yudhoyono yang memerintah selama 10 tahun.
Antara pemimpin dunia yang dijadualkan hadir pada majlis itu termasuklah Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selepas majlis tersebut, pemimpin berusia 53 tahun tersebut akan menaiki sebuah kereta kuda sebelum diarak di seluruh Jakarta menuju ke Istana Presiden.
Seramai 24,000 pasukan anggota keselamatan termasuk polis dan tentera ditugaskan mengawal perayaan tersebut yang turut dimeriahkan dengan satu konsert di luar Istana Presiden.
Jokowi merupakan Presiden pertama Indonesia tanpa latar belakang keluarga elit dan tentera sejak kejatuhan pemerintahan diktator Suharto dan kemenangan beliau memberi harapan baharu kepada penduduk negara itu.
Dilahirkan di sebuah kawasan setinggan di Surakarta, beliau dibesarkan oleh bapanya yang merupakan seorang pembuat perabot sebelum menceburi politik dan dilantik sebagai Gabenor Jakarta pada tahun 2012.
“Pelantikan Jokowi sebagai Presiden menjadi satu detik bersejarah oleh penduduk di negara ini,” kata seorang penganalisis politik dari Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia, Tobias Basuki.
Bagaimanapun, Tobias memberi amaran Jokowi bakal berdepan cabaran besar untuk memimpin negara yang mempunyai seramai 250 juta penduduk tersebut yang kini berada dalam keadaan tidak menentu.
Cabaran utama Jokowi adalah mengurangkan subsidi minyak negara itu yang tinggi sehingga kerajaan terpaksa memperuntukkan satu perlima daripada bajet negara itu untuk subsidi.
Jokowi yang mewakili Parti Demokratik Indonesia-Perjuangan (PDI-P) dilantik sebagai Presiden selepas memenangi Pilihan Raya Presiden negara itu yang berakhir pada Julai lalu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3Gf4MZ0wW 
Hakcipta terpelihara 

20 cedera protes bertukar ganas di Hong Kong



SEORANG anggota polis memegang belantan cuba menyekat kemaraan kumpulan penunjuk perasaan di daerah Mongkok, Hong Kong semalam.


HONG KONG – Seramai 20 orang cedera selepas polis bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan di sini dalam keganasan yang masuk hari keempat semalam hampir tiga minggu tunjuk perasaan prodemokrasi berlangsung dengan aman.
Berpuluh-puluh anggota polis dilengkapi perisai dan topi keledar merempuh kumpulan penunjuk perasaan di daerah Mongkok, utara pulau ini dan memukul mereka berulang kali dengan cota.
Sejumlah penunjuk perasaan terpaksa diusung keluar manakala sebahagian lagi dirawat kerana kecederaan pada kepala, retak tulang dan lebam pada badan, menurut beberapa wartawan agensi berita AFP dan petugas perubatan di lokasi kejadian.
Polis dalam satu kenyataan semalam memberitahu mereka telah menggunakan kekerasan minimum selepas kumpulan itu cuba bergerak melepasi garisan keselamatan.
Beberapa penunjuk perasaan bagaimanapun memberitahu AFP bahawa mereka tidak melakukan sebarang provokasi terhadap polis.
“Seorang daripada penunjuk perasaan itu cedera pada kepala akibat dipukul dengan cota sebanyak tiga kali oleh polis,” kata seorang sukarelawan perubatan berusia 20 tahun, Carla Chau.
Sebahagian daripada penunjuk perasaan yang cedera dibawa ke Hospital Kwong Wah untuk menerima rawatan. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1020&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3Gf4FVsaw 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, October 19, 2014

Izzah: Tahniah penganjur acara sentuh anjing


Fathul Bari membalas status Nurul Izzah pada laman mikro Twitternya hari ini.
Fathul Bari membalas status Nurul Izzah pada laman mikro Twitternya hari ini.
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengucapkan tahniah kepada penganjur dan orang ramai yang hadir pada satu acara yang membolehkan pengunjung, termasuk umat Islam, menyentuh anjing hari ini.

Dalam kemas kini status Twitternya, beliau menyindir Exco Pemuda Umno, Dr Fathul Bari Mat Jahaya yang sebelum ini pernah menyebut bahawa 'kempen sentuh anjing' itu sangat janggal.

“Islam juga mengenai belas kasihan. Tahniah (penganjur) Syed Azmi (Alhabshi) dan semua yang datang,” tulis Nurul Izzah, hari ini.

Namun, Fathul Bari membalas status itu dengan mengatakan: “YB Nurul Izzah, umat Islam sokong kempen ‘ihsan’ ke atas haiwan, termasuk anjing. Cuma kempen ‘touch (a) dog’ (sentuh anjing) sangat janggal,” katanya.

Melalui interaksi terkini, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyindir Fathul Bari dengan berkongsi paparan skrin gambar surat, dipercayai daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

“Untuk ‘haters’ (mereka yang tidak suka) di luar sana, termasuk Ustaz Fathul Bari, acara termasuk tazkirah ringkas oleh ustaz (Mais),” katanya.

Kemudian Fathul Bari membalas: “YB Nurul Izzah, jangan emosi. Saya hanya sebut ‘sangat janggal’. Jangan bimbang OK. Saya tidak setuju konsep tersebut dan itu adalah hak saya memberikan pendapat.”

Hari ini berlangsung acara ‘I Want To Touch a Dog’ (Saya ingin sentuh anjing) di Central Park, Bandar Utama, yang bertujuan membantu orang ramai, terutamanya umat Islam, untuk mengatasi persepsi negatif terhadap anjing dan dilaporkan mendapat sambutan.

Memetik laporan sebuah portal, sebelum acara bermula, sebuah forum memberi peluang kepada orang ramai membangkitkan kemusykilan kepada seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan.

Orang ramai turut diberi taklimat dan diberi tunjuk ajar cara melakukan samak yang betul sekiranya ada yang was-was atau memegang anjing dalam keadaan basah.

20 cedera polis, penunjuk perasaan bertempur di Hong Kong

AHAD, 19 OKTOBER 2014 @ 11:12 AM

 

POLIS Hong Kong dan kumpulan penunjuk perasaan bertempur awal pagi ini mengakibatkan lebih 20 orang cedera - Foto AP
HONG KONG: Polis Hong Kong dan kumpulan penunjuk perasaan bertempur awal pagi ini mengakibatkan lebih 20 orang cedera dalam keganasan yang memasuki hari keempat selepas lebih tiga minggu demonstrasi prodemokrasi berlarutan.

Berpuluh polis yang memakai topi keledar dan perisai keselamatan memasuki kawasan penunjuk perasaan yang menguasai daerah utara Mongkok dengan sesetengahnya terpaksa menggunakan belantan.

Sesetengah penunjuk perasaan terpaksa diusung selepas kepala mereka cedera dan berdarah, demikian menurut wartawan AFP dan anggota perubatan di tempat kejadian.



Polis dalam satu kenyataan berkata, mereka terpaksa menggunakan 'kekerasan yang minimum' selepas penunjuk perasaan secara tiba-tiba menceroboh masuk ke kawasan keselamatan yang berpagar.

Bagaimanapun, penunjuk perasaan menafikan dakwaan polis itu dan mereka tidak melakukan sebarang provokasi.

Anggota Agensi Perkhidmatan Penerangan kerajaan, memberitahu kira-kira 20 orang yang menyertai demonstrasi berkenaan cedera dalam kejadian antara jam 10 malam tadi sehingga 6 pagi.

Hong Kong kini berdepan dengan penunjuk perasaan besar-besaran sehingga angka mencecah 10,000 orang di tiga lokasi di bandar raya itu dengan kedua terbesar di Mongkok.

Semalam, kerajaan Hong Kong mengesahkan pihaknya akan berbincang dengan pemimpin pelajar bagi menangani perkara itu. - AFP

Pelancong mula elak perjalanan ke Afrika


DALLAS – Beberapa syarikat agensi pelancongan mendedahkan bahawa pelanggan mereka mula melahirkan persoalan mengenai keselamatan kesihatan mereka semasa membuat tempahan perjalanan ke luar negara berikutan wabak Ebola yang semakin menular.
Agensi Kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pula melaporkan sehingga 14 Oktober lalu sebanyak 4,555 orang mati akibat wabak maut berkenaan daripada 9,216 kes jangkitan yang dikesan di tujuh buah negara di Afrika Barat.
Jumlah tersebut meningkat ketara berbanding 4,493 kematian daripada 8,997 kes jangkitan Ebola dua hari sebelum itu.
Pada masa kini, beberapa mangsa yang bersentuhan dengan pesakit yang dijangkiti wabak Ebola sedang dirawat di Amerika Syarikat (AS) dan tiga daripada mereka dikesan di Dallas.
Dua daripada mangsa dilaporkan jatuh sakit selepas menaiki pesawat penerbangan tempatan. Keadaan itu menimbulkan kebimbangan kerana secara purata lebih dua juta orang menggunakan pesawat udara tempatan dan antarabangsa di AS.
Seorang eksekutif pelancongan, Tim Husted daripada syarikat Pelancongan Carlson Wagonlit yang memiliki cawangan hampir di seluruh dunia berkata, sebilangan pelanggan mereka mula mengubah jadual perjalanan akibat wabak Ebola, malah ada yang enggan memasuki kawasan Dallas.
Seorang kakitangan sebuah lagi agensi pelancongan di New York, Maryann Cook pula memberitahu, seorang doktor yang membayar pakej pelancongan ke Afrika Selatan sebanyak AS$197,000 (RM644,977) untuk 30 ahli keluarga telah menangguhkan percutian itu ke tahun 2016 meskipun terpaksa kehilangan wang deposit sebanyak AS$60,000 (RM196,439)
“Afrika Selatan sebenarnya jauh daripada kawasan wabak Ebola tetapi mereka sudah tentu mendapat tekanan daripada anak-anak dan ahli keluarga,” jelas Cook.
Sebuah laman web berkaitan insurans pelancongan, SquareMouth.com pula memberitahu permintaan terhadap insurans pelancongan semakin meningkat akibat wabak Ebola. –AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3GXfVOfT2 
Hakcipta terpelihara 

Kad kredit Obama tidak diterima



ANTARA makanan yang dipesan oleh Obama dan isterinya. - AGENSI


NEW YORK – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sendiri tidak terlepas daripada masalah penggunaan kad kredit apabila kad miliknya tidak diterima semasa mahu membuat pembayaran di sebuah restoran di sini.
Kejadian berlaku selepas beliau dan isterinya, Michelle menikmati makan malam di restoran semasa berada di sini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan lalu.
“Saya rasa tidak menggunakan kad kredit itu melebihi hadnya, jadi mereka (kakitangan restoran) anggap telah berlaku penipuan. Mujur, Michelle membawa kad kreditnya.
“Saya juga cuba jelaskan kepada pelayan itu bahawa saya tidak mempunyai tunggakan bayaran,” katanya semasa berucap dalam satu mesyuarat kewangan di sini kelmarin menyebabkan para hadirin ketawa.
Walaupun Obama tidak mendedahkan mengenai lokasi restoran itu, namun beliau dilihat menikmati makan malam dengan isterinya di sebuah restoran yang menawarkan hidangan gaya Sepanyol di Estela, Manhattan pada bulan lalu.
Pasangan itu menikmati hidangan burrata (krim keju), roti, sos hijau serta salad dan tomato, namun harga makanan tersebut tidak dinyatakan.
Berikutan kejadian itu, Obama berkata, beliau telah mengarahkan syarikat kewangan meningkatkan ciri-ciri keselamatan kad kredit termasuk penggunaan cip untuk menggantikan jalur magnetik. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3GXfJjgjc 
Hakcipta terpelihara 

Gambar Intim: "Ia Taktik Politik Kotor" - Zairil


Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 1:28 PM
Gambar intim Zairil dan Dyana Sofya menjadi viral di laman sosial.

PETALING JAYA: Gambar yang memaparkan aksi mesra dan intim di antara dua ahli politik pembangkang yang tersebar di laman sosial menjadi viral sejak awal pagi Ahad.

Menyedari ia mula mendapat perhatian ramai, akhirnya kedua-dua individu terlibat memberi maklum balas berhubung perkara itu.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari menyifatkan tindakan penyebaran gambar yang memaparkan aksi mesra dan intim yang didakwa melibatkan dirinya dan bekas calon DAP untuk kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sebagai taktik politik kotor untuk menjatuhkan karier mereka.

Walaupun gambar tersebut seolah-olah dimuat naik dalam akaun Facebook dengan gambar profilnya, pemimpin pembangkang berusia 32 tahun itu tidak mengulas sama ada akaun media sosial itu palsu atau ia dilakukan oleh penggodam.

"Tidak berminat untuk mengulas mengenai isu tersebut dengan lebih lanjut," kata Zairil.

Sementara itu, Dyana Sofya ketika dihubungi pula berkata, tindakan itu amat menjijikkan dan menyifatkan ia perbuatan politik kotor yang sering digunakan terhadap pembangkang.

"Sebagai seorang wanita, saya sering menjadi sasaran. Saya amat marah," katanya.

Bagaimanapun Dyana enggan melayan atau memberi maklum balas lanjut berhubung insiden itu.

"Ini bukan kali pertama gambar seumpama itu digunakan untuk menjatuhkan saya. Ini perbuatan politik kotor dan saya percaya ia bukan yang terakhir," katanya.

Dyana Sofya, 27, menerusi akaun Twitternya @dyanasmd meluahkan rasa kesalnya terhadap insiden itu.

"Oh... tidak sekali lagi. Mungkin sudah tiba masanya untuk mengambil foto bikini yang sebenar! Ok. Saya hanya bergurau," tulisnya di Twitter pada Ahad.

Siapa khianati siapa



Oleh Juhaidi Yean Abdullah
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kiri) dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din
Dalam ucapannya di Muktamar PAS baru-baru ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi pengakuan bahawa partinya akan terus bertahaluf dengan PKR dan DAP, selagi rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang tidak berlaku khianat.
Jika tidak kerana mukanya yang serius dan ketegasannya, kenyataan Presiden PAS itu dianggap melucukan kerana PKR dan DAP yang terlebih dulu melabelkan beliau serta partinya sebagai pengkhianat. Dua wakil rakyat PAS yang dituduh pengkhianat dan barua diberi penghormatan sebagai wira pula oleh PKR mahupun DAP.
Isu siapa khianati siapa dan sama ada PAS masih relevan dalam pakatan pembangkang bukan saja perdebatan hangat dalam kalangan perwakilan di muktamar, tetapi perbalahan sesama ahli dan penyokong, selain pemerhati politik mahupun media. Kata Abdul Hadi, PAS bercanggah dengan PKR dan DAP dalam krisis kepemimpinan Selangor.
Dia juga mengakui PAS berbeza dengan sekutunya dalam soal kalimah Allah. Pastinya, PAS akan bertelagah lagi dengan PKR dan DAP berhubung pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, yang akan dibawa ke Parlimen tidak lama lagi. Dalam ucapannya pada muktamar, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, berkata tahaluf siyasi PAS dengan PKR-DAP tidak semestinya kekal. Beliau mengingatkan, Majlis Syura Ulama akan menilai kesan buruk baik bertahaluf dengan parti sekular seperti PKR dan DAP kerana akan ada kuasa membuat keputusan bila tiba masanya.
Bimbang PAS keluar pakatan
Bimbang dengan kemungkinan PAS bergabung dengan UMNO andainya keluar dari pakatan pembangkang, Timbalan Presiden Mohamed Sabu dan beberapa pemimpin PAS pro-Anwar Ibrahim dengan cepat memberi amaran. "Apa saja perbezaan antara kita (dengan PKR dan DAP), ia biasa untuk dihadapi. UMNO tetap musuh kita. Jangan cuba kelip mata atau hulur tangan kepada PAS. Saya beri amaran."
Naib Presiden, Salahuddin Ayub mengingatkan bahawa Hadi yang mencadang kewujudan pakatan pada tahun 2008 dan PAS memperoleh laba. Misalnya di Selangor, daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun 2008, PAS menang 15 pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU-13) tahun lalu. Ini bermakna, PAS perlu kekal dengan pakatan pembangkang.
Wakil Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anwar Wafa pula mencadangkan Majlis Syura kurang mengeluarkan kenyataan media supaya 'tidak serabut kepala orang.' "Ulama banyak bercakap negatif mengenai tahaluf menjadikan orang ramai semakin keliru dengan identiti PAS, "katanya.
Isu ini dimainkan dalam Harakah. Kononnya UMNO kecewa kerana PAS terus mahu bersama pakatan pembangkang. Kolumnis Zulkifli Yahaya berkata, isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang kedengaran sejak tahun 2008 membabitkan pemimpin yang bukan calang-calang dan menjadi punca perpecahan parti (22 eptember tahun 2014). Beliau tidak menyebut nama, tapi Abdul Hadi sendiri, bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden Datuk Dr Hasan Ali, pernah dikaitkan.
Anggota PAS tolak idea
Subky Latif berkata, PAS tidak berhajat bergabung dengan UMNO, malah idea itu pasti tidak diterima ahli parti. (12 September tahun 2014). Tulis Ahmad Lutfi Othman: "Ada gosip disebarkan mengenai kemungkinan persefahaman politik antara PAS dan UMNO... tidak bermakna ada kecenderungan untuk 'bermain mata' dengan UMNO. Ramai ulama menyifatkan ratib dakwaan kerajaan perpaduan semata - mata fitnah untuk memburuk-burukkan mereka." (22 September tahun 2014).
Tidak dapat dipastikan siapa yang mulakan gosip ini. Fitnah ini, jika ada, pasti datangnya daripada ahli PAS juga kerana tiada respons rasmi daripada UMNO. Tiada pemimpin utamaUMNO yang komen mengenainya dua tiga minggu kebelakangan ini. Isu ini juga bukan agenda dalam Perhimpunan Agung UMNO bulan depan, malah UMNO baru berentap dengan PAS di DUN Pengkalan Kubor dan menang besar.
Jika PAS anggap tempoh kerjasama dengan UMNO pada tahun 1974 hingga 1977 adalah perit, UMNO juga serik. PAS menceritakan pengalaman pahit dibuang daripada Barisan Nasional, tapi menyorok cerita bagaimana ia mengkhianati perjanjian dengan UMNO sebagai punca kena keluar. Hari ini, PAS adalah parti bermasalah, 'sakit' dan rosak dari dalam.
Parti ini berpuak-puak dan banyak kepala. Semua pimpinan penting adalah sebahagian daripada masalah. Pemimpin PAS akui ada komplot 'langgar' Presiden dan kumpulan yang tidak lagi hormat ulama. Mereka melabel sesama sendiri dengan gelaran munafik, hantu, pengkhianat dan barua.