Tuesday, August 24, 2010

Ahli Parlimen Kapar enggan bekerjasama



KLANG 23 Ogos - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam sekali lagi enggan bekerjasama dengan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mengenai dakwaannya berlaku amalan rasuah dalam Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., (KSSB).
Beliau menegaskan, semua bahan bukti mengenai dakwaannya itu telah diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan.
Katanya, perkara itu termasuk surat Selcat 16 Ogos lalu yang meminta beliau membuat akuan bertulis berhubung rakaman video, dakwaan penyelewengan dalam KSSB.
Menurut beliau, arahan supaya dibuat akuan bertulis itu sebagai mengarut kerana semua bukti telah diberikan.
"Sudah banyak masa terbuang, siasatan isu pasir sepatutnya sudah selesai tanpa penglibatan saya berikutan semua saksi berkaitan dipanggil pada sesi pendengaran 4 Jun lalu.
"Saya tidak ada masa melayan Pengerusi Selcat, Teng Chang Khim, dia boleh cari sendiri saksi-saksi itu ," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Sesi pendengaran awam mengenai dakwaan itu sebelum ini masih belum menemui sebarang bukti yang boleh mengaitkan KSSB dengan penyelewengan dalam kegiatan perlombongan pasir di negeri ini. Sebaliknya, Selcat mendapati berlaku kelemahan urus tadbir pengurusan syarikat itu.
Chang Khim memberi alasan, saksi yang diberikan oleh Manikavasagam tidak boleh dipanggil kerana akuan bersumpah dan bukti yang diberi mereka sepatutnya diserahkan lebih awal agar Selcat boleh melakukan siasatan terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment