Tuesday, August 24, 2010

Iran perkukuh alatan perang

TEHERAN: Iran mengumumkan akan memulakan pengeluaran secara besar-besaran dua bot laju dilengkapi peluru berpandu sebagai amaran kepada pihak musuh supaya tidak memperkotak-katikkan keupayaan Teheran.
Pengumuman mengenai penghasilan bot laju Seraj dan Zolfaqar itu dilakukan sehari selepas Presiden Mahmoud Ahmadinejad mendedahkan negaranya berupaya menghasilkan pesawat pengebom tanpa juruterbang yang mampu memusnahkan musuh negara itu.
Bot laju Seraj (lampu) dan Zolfaqar (nama pedang Khalifah Ali) akan dibuat di kompleks industri marin Kementerian Pertahanan, lapor agensi berita Irna. Dalam ucapan pembukaan, Menteri Pertahanan, Ahmad Vahidi berkata, bot laju itu akan memperkukuhkan sistem pertahanan Iran. “Hari ini Republik Islam Iran mempunyai industri membekal alat kelengkapan pertahanan negara, di samping pengawal revolusi yang memantau keselamatan di Teluk Parsi, Laut Oman dan Selat Hormuz,” kata Ahmad. Ucapan Ahmad itu sebagai amaran kepada musuh Iran. “Musuh Iran perlu berhati-hati dan usah bermain api kerana tindakan Republik Islam Iran sukar dijangka,” ujarnya. “Sekiranya musuh menyerang Iran, kami tidak akan menyerang balas begitu saja. Prinsip Iran ialah kami tidak akan menyerang balas satu-satu negara saja tetapi juga beberapa negara yang terbabit,” katanya lagi. - AFP

No comments:

Post a Comment