Tuesday, August 24, 2010

Laporan polis dibuat terhadap Nurul Izzah




2010/08/24

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Muhammad Zahid Md Arip, membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (kanan), daripada Parti Keadilan Rakyat kerana mengeluarkan kenyataan menjejaskan imej dan maruah negara dalam temubual dengan akhbar Indonesia, baru-baru ini. 

Muhammad Zahid, yang ditemui selepas membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini semalam, berkata Nurul Izzah menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Baru Ekonomi dan memperkecilkan keupayaan kapal selam negara.Katanya, kenyataan Nurul Izzah, anak kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya pelaburan asing ke negara ini merosot teruk adalah berniat jahat, manakala kenyataan beliau mengenai keupayaan kapal selam negara ini boleh mengundang kecenderungan pihak luar melancarkan serangan terhadap Malaysia.Di ibu pejabat polis sama, Pemuda MCA dan Pemuda MIC pula membuat laporan polis terhadap Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang menggesa kerajaan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan seperti yang dilaporkan dalam satu portal berita. 

Kami minta polis menyiasat kerana ia berbentuk perkauman yang boleh menjejaskan sistem pendidikan di negara ini. Kami percaya kata-kata itu berunsur provokatif yang menyinggung masyarakat Cina dan India di negara ini, kata ahli Exco Pemuda MCA, Chong Sin Woon. BERNAMA 

No comments:

Post a Comment