Monday, July 4, 2011

Putera Albert terus curi tumpuan


PUTERA  Albert bersama puteri Charlene ketika upacara perkahwinan kelmarin.
PUTERA Albert bersama puteri Charlene ketika upacara perkahwinan kelmarin.

Jalani ujian sahkan bapa seorang lagi anak

MONACO: Di tengah-tengah upacara gilang gemilang perkahwinan Putera Albert II dan bekas perenang Sukan Olimpik, Puteri Charlene, masa silam putera yang terkenal sebagai kaki wanita itu terus mencuri tumpuan dunia.
Pegawai kanan istana mengesahkan khabar angin yang Albert akan mengadakan ujian sama ada beliau adalah bapa kepada seorang lagi bayi.
The Telegraph melaporkan pegawai yang enggan namanya disiarkan berkata, Albert diminta mengadakan ujian untuk mengesahkan sama ada beliau mempunyai seorang lagi anak luar nikah.

Albert sudah mempunyai anak luar nikah lelaki Alexandre, menerusi hubungannya dengan bekas pramugari penerbangan Togo, Nicole Coste, dan anak perempuan, Jazmin, 19, dengan ejen hartanah Amerika, Tamara Rotola.

Walaupun dengan perkembangan ini, tiada seorang anak yang luar nikah Albert itu boleh menuntut takhta mengikut undang-undang Monaco.

“Walaupun, anak ketiga atau keempat disahkan anaknya, Albert masih belum mempunyai pewaris rasmi sehingga Puteri Charlene sendiri melahirkan anak,” katanya.
Akhbar Perancis, Public, mendakwa Albert adalah bapa kepada dua anak luar nikah dengan seorang anak difahamkan berusia 18 bulan dan ibunya seorang wanita Itali yang kini bersiap untuk mendedahkan perkara itu kepada media.

Penerbitan lain termasuk Voici, turut mencadangkan yang Coste turut mempunyai anak kedua bersama putera itu.

Kelmarin, Albert dan Charlene berikrar akan menyintai satu sama lain dan setia dalam upacara perkahwinan gilang gemilang yang turut dihadiri selebriti dan kerabat diraja.

Acara Katolik diadakan selepas majlis sivil sehari sebelum itu menyaksikan Charlene secara rasmi berubah daripada orang biasa kepada golongan diraja.

Perkahwinan Albert, 53 dan bekas perenang Olimpik dari Afrika Selatan, Charlene Wittstock, 33 yang kini bergelar Puteri Charlene, mengakhiri penantian untuk permaisuri baru selama tiga dekad.

Ribuan rakyat Monaco bergembira dengan acara itu sambil menyaksikannya di skrin besar yang diletakkan di luar istana di mana kedua-dua majlis diadakan. – AP/ Agensi
Berita Harian Online | Putera Albert terus curi tumpuan

No comments:

Post a Comment