Monday, July 4, 2011

Yingluck menang besar

BANGKOK: Sekutu bekas pemimpin Thailand yang hidup dalam buangan Thaksin Shinawatra mencapai kemenangan dalam pilihan raya, semalam, kemunculan semula selepas beberapa tahun keadaan kacau-bilau setelah dia digulingkan pihak tentera.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva mengaku tewas dan mengucapkan tahniah kepada pihak pembangkang yang dipimpin adik Thaksin, Yingluck Shinawatra, yang bersedia untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama Thailand. Dengan 92 peratus undian dikira, Parti Phue Thai memenangi 260 daripada 500 kerusi, mendahului Parti Demokrat yang memenangi 163, menurut Suruhanjaya Pilihan raya. “Keputusan jelas sekali - Phue Thai memenangi pilihan raya dan Parti Demokrat ditewaskan,” Abhisit berkata kepada penyokongnya di ibu pejabat parti itu di Bangkok. Pilihan raya itu adalah yang pertama bagi parti yang disokong golongan elit kerajaan terbabit sejak demonstrasi besar-besaran oleh penyokong Baju Merah yang proThaksin tahun lalu hingga melumpuhkan Bangkok dan mencetuskan keganasan politik paling buruk sejak berdekad lamanya. Yingluck yang hanya tersenyum sebelum itu berucap kepada penyokongnya di ibu pejabat Parti Phue Thai berkata: “Thaksin menghubungi saya untuk mengucapkan tahniah dan berkata masih banyak kerja keras menanti.


“Terima kasih kepada orang ramai yang keluar mengundi,” tambah ahli perniagaan berusia 44 tahun itu, muka baru dalam politik yang didakwa Thaksin sebagai klonnya. Ditengah-tengah kebimbangan bahawa kemenangan pihak pembangkang itu bakal mencetuskan kekacauan atau pihak tentera merampas kuasa, Thaksin menyeru semua rakyat supaya menghormati keputusan pilihan raya berkenaan. “Semua parti perlu menghormati keputusan rakyat atau negara kita tidak boleh mencapai kedamaian,” kata bekas bilionair itu kepada stesen televisyen Thai melalui telefon dari kediamannya di Dubai. - AFP

myMetro | Yingluck menang besar

No comments:

Post a Comment