Sunday, August 28, 2011

3,700 banduan Turkmenistan dapat pengampunan dibebas

ASHGABAT (Turkmenistan): Turkmenistan memberi pengampunan kepada lebih 3,700 banduan termasuk 30 tahanan warga asing yang dibebaskan dari penjara awal pagi semalam selepas diarahkan Presidennya, Kurbanguly Berdymukhamedov.
Kurbanguly yang menjadi pemimpin kepada negara yang dihuni 5.4 juta penduduk dan majoritinya beragama Islam itu, meneruskan amalan membebaskan banduan secara beramai-ramai yang dimulakan presiden terdahulu, Saparmurat Niyazov sempena tarikh istimewa.

“Di Turkmenistan, kami memberi pengampunan secara sistematik kepada rakyat dan warga asing yang mengakui kesalahan mereka dan bertaubat dengan ikhlas,” kata Kurbanguly dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen kerajaan. Pembebasan terbaru itu dibuat sejurus sebelum Ramadan berakhir sempena hari raya Aidilfitri . - Reuters

No comments:

Post a Comment