Sunday, August 28, 2011

Lima pegawai polis terbunuh dalam serang hendap pengganas

BOGOTA: Lima pegawai polis terbunuh apabila kumpulan disyaki pengganas meletupkan bom ketika mereka sedang menjalankan rondaan di utara Colombia, malam tadi.

Pegawai kerajaan tempatan dan jabatan polis berkata, serang hendap itu berlaku di bandar Gonzalez ketika peronda polis menjalankan pemeriksaan di kawasan berkenaan.
Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC) — pergerakan pengganas tertua di Amerika Latin dengan keahlian 8,000 orang dan Tentera Liberasi Kebangsaan (ELN), dengan 2,500 ahli dikatakan bergerak aktif di situ. - AFP

No comments:

Post a Comment