Sunday, August 28, 2011

Pakai baju kuning raya tahun ini


Harakahdaily   
RAWANG, 19 Ogos: Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom mengajak semua rakyat negara ini memakai baju raya berwarna kuning tahun ini.
Beliau juga mencadangkan agar membuat kuih warna kuning untuk raya tahun ini.
"Jangan lupa juga kita buat pulut kuning," kata Badrul ketika memberikan tazkirah Ramadhan di sebuah surau dekat sini sebaik sahaja selepas solat tarawih, malam tadi.
Cadangan Badrul Amin itu selaras dengan kempen Bersih 2.0 yang menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya di Malaysia bersih dan adil.
Warna kuning adalah warna rasmi kempen Bersih sesuai dengan warna diraja kerana mereka mahu menghantar memo tuntutan itu kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sebuah syarikat, KF Edaran, telah membuat iklan khasnya di Harakahdaily tentang projek mereka menjual baju Melayu warna kuning untuk raya tahun ini.
Mereka menjual sepasang baju Melayu kuning dengan harga RM75 dan yang menariknya ia akan dihantar terus ke rumah pembelinya.

No comments:

Post a Comment