Sunday, August 28, 2011

Gaddafi terus diburu




TRIPOLI: Pihak pemberontak Libya telah menguasai Ras Jdir, sebuah pos di sempadan negara itu dengan Tunisia, yang dipercayai mungkin digunakan Encik Muammar Gaddafi untuk melarikan diri dari Libya, sedang usaha memburu beliau diteruskan semalam.

Sedang pertempuran terus berlaku di beberapa tempat dengan pihak pemberontak mengukuhkan kedudukan mereka di Tripoli, fokus operasi mereka kini beralih kepada era pasca Gaddafi dengan gesaan ke arah perdamaian dan satu peralihan secara aman.
Pihak pemberontak lewat kelmarin mendakwa telah mencapai satu kejayaan ketenteraan baru dengan menguasai Ras Jdir, manakala seorang pegawai Tunisia berkata pihak pro-Gaddafi melarikan diri sedang lebih 100 pemberontak tiba di tempat itu dan mengibarkan benderanya.
Sedang salah satu laluan untuk melarikan diri bagi Encik Gaddafi ditutup, agensi berita rasmi Mesir, MENA, memetik satu sumber pemberontak sebagai berkata bahawa satu konvoi enam kereta berperisai yang mungkin membawa para pegawai Libya, dan mungkin juga Encik Gaddafi, telah berlepas ke Algeria.

Sumber itu dipetik sebagai berkata bahawa sekumpulan kereta itu telah diiringi oleh askar-askar propemerintah sehingga ia tiba di bandar Ghadames di Algeria.Pihak pemberontak gagal mengejar mereka kerana kekurangan bekalan senjata dan peralatan.
'Kami rasa mereka membawa para pegawai tinggi Libya, mungkin juga membawa Gaddafi dan anak-anak lelakinya,' kata sumber itu.
Algeria enggan mengiktiraf Majlis Peralihan Negara (NTC) Libya kelmarin, sambil mendesak bahawa ia akan mematuhi dasar 'berkecuali ketat' yang dipegangnya sejak permulaan konflik di Libya.
Pihak pemberontak mahu mencari Encik Gaddafi supaya mereka boleh mengisytiharkan kemenangan sejak berlakunya pemberontakan terhadap pemimpin Libya itu enam bulan lalu. -- AFP.
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2011/08/gaddafi-terus-diburu.html#more

No comments:

Post a Comment