Sunday, August 28, 2011

Iktiraf NTC sebagai kerajaan sementara Libya



KUALA LUMPUR 27 Ogos - Malaysia mengiktiraf Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebagai kerajaan sementara Libya yang sah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata, Kuala Lumpur berharap NTC, yang disokong oleh rakyat Libya, akan mengurus pentadbiran sementara negara itu ke arah perpaduan nasional, perdamaian dan pembangunan semula yang membawa keamanan dan kestabilan berkekalan kepada Libya dan rakyatnya.
NTC dipengerusikan oleh Mustafa Abdul Jalil dan Mahmoud Jibril serta anggota lain yang dilantik.
"Malaysia menyertai gesaan antarabangsa mendesak tentera Muammar Gaddafi supaya menyerah kepada pilihan majoriti rakyat Libya," kata Anifah dalam kenyataan di sini, malam ini.
Katanya, tindakan itu bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah di kalangan rakyat tempatan dan mencegah negara utara Afrika itu daripada terjebak ke kancah krisis kemanusiaan yang dahysat. — Bernama

No comments:

Post a Comment