Wednesday, August 8, 2012

Yusuf Qardhawi: Islam Tiada Makna Jika Rakyat Ditindas, Hasil Negara Dibolot



7 August 2012 - 

Keadilandaily

Tidak bermakna Islam itu jika tiada huriyyah (kebebasan) dan rakyat ditindas pemerintah, kata Sheikh Yusuf al-Qardhawi.

Demikian Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesanan ulama tersohor itu berdasarkan buku terbarunya berjudul ‘Kebangkitan Rakyat’ yang ditulis selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak.

Memetik kandungan buku itu, Anwar berkata, tanda negara tiada kebebasan apabila pihak yang berkuasa berbuat sesuka hati termasuk mengaut hasil kekayaan negara.

“Kata Yusuf Qardhawi, inilah yang menyebabkan malapetaka di negara-negara Islam.

“Kalau kita nak (mengamalkan) Islam, bagaimana kita boleh tidak menghormati rakyat di bawah?” soalnya ketika memberi tazkirah di Surau P 20, Taman Bukit Angkasa Pantai Dalam, semalam.

Beliau mengambil contoh masyarakat Kadazandusun di Sabah yang marah apabila tanah mereka dirampas pihak berkuasa.

“(Justeru) jangan jadi bodoh dan diperbodohkan. Rakyat mesti ada maruah,” tegas Ketua Pembangkang itu di hadapan 100 jemaah yang hadir.

Pada 4 Ogos lalu, Anwar melancarkan edisi bahasa Melayu buku itu yang diberi nama ‘Yusuf al-Qardhawi & Kebangkitan Rakyat’ terjemahan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Surau Al-Mujahiddin, Bandar Baru Bangi.

Turut diadakan, sesi diskusi buku dengan barisan ahli panel seperti Presiden Wadah Pencerdasan Umat (Wadah), Datuk Dr Siddiq Fadzil, Ustaz Mohd Naim Mohd Nor dan Anwar sendiri yang merupakan bekas presiden Abim.

No comments:

Post a Comment