Friday, October 26, 2012

Dua lelaki serang ulama, dibunuh



MOSCOW 25 Okt. - Agensi Perisikan Rusia (FSB) berkata, dua lelaki yang terbunuh dalam operasi polis di wilayah Tatarstan yang kaya minyak, kelmarin terlibat dalam pembunuhan seorang ulama.
Kedua-dua suspek, Robert Valeyev dan Ruslan Kashapov merupakan dalang dalam serangan pada Julai lalu yang menyebabkan Mufti Tatarstan cedera dan timbalannya terbunuh.
Kedua-dua mereka merupakan pengkritik dan anggota kumpulan radikal yang menyokong kumpulan yang dikenali sebagai Salafisme.
Valeyev dan Kashapov dibunuh pada Rabu lalu dalam operasi polis di ibu negara wilayah itu, Kazan, yang turut mengorbankan seorang pegawai FSB.
FSB turut menyatakan bahawa kedua-dua lelaki itu merancang melakukan 'serangan besar' di Kazan semasa sambutan Aidiladha, esok. - AP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121026/lu_07/Dua-lelaki-serang-ulama-dibunuh#ixzz2APn2K9Ty
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment