Friday, October 26, 2012

Satu bom kereta meletup berhampiran dengan balai polis di kawasan penganut Kristian di Bab Touma di Damsyik

Situasi di Halab
|Ringkasan Peristiwa|21OKT2012|Bahagian 1|
Pertubuhan Penyayang Islam Membantu Syria

Satu bom kereta meletup berhampiran dengan balai polis di kawasan penganut Kristian di Bab Touma di Damsyik mengorbankan sekurang-kurangnya 10 orang dan mencederakan berdozen yang lain semasa utusan keamanan Bangsa-Bangsa Bersatu ke Syria, Lakhdar Brahiami tiba di Syria untuk membincangkan gencatan senjata dengan
 Bashar Assad. Brahimi enggan memberi sebarang komen hasil dari dari perbincangan tersebut.

Sementara itu, pertempuran berlaku antara pejuang pembebasan dengan askar rejim di kawasan kejiranan Qabun, Jobar, Qadam dan Asaly di Damsyik dengan menggunakan artileri berat menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan kediaman dan menyebabkan ramai penduduk awam tercedera.

Para aktivis melaporkan bahawa rejim sedang memindahkan simpanan bijiran terbesar Syria dari daerah Hasaka ke bandar-bandar pro-rejim di Tartus dan Latakia. Militia bersenjata berjaya memintas konvoi 11 trak yang dikawal ketat oleh askar rejim semasa mereka (konvoi) meninggalkan bandar Raas al-Ain dan memaksa konvoi terbabit untuk berpatah balik. -Bersambung-

No comments:

Post a Comment