Friday, October 26, 2012

Wanita rela bedah untuk lebih jelita

Ratphila Chairungkit menunggu pelanggan di kedainya di pinggir Bangkok. Gambar atas, Ratphila sebelum menjalani pembedahan. - Foto APRatphila Chairungkit menunggu pelanggan di kedainya di pinggir Bangkok. Gambar atas, Ratphila sebelum menjalani pembedahan. - Foto AP Bangkok: Impiannya cuma mahu kelihatan lebih seperti pelakon dan penyanyi seksi, Jennifer Lopez, dan disebabkan keghairahan itu peniaga gerai makanan berusia 25 tahun mula melayari internet dan mencari tajuk Botox murah.

Ia menjadi permulaan kepada perubahan selama lima tahun bagi Ratphila Chairungkit yang termasuk dua pembedahan hidung, dua pembedahan melebarkan mata, membesarkan dagu, menipiskan bibir, memutihkan kulit dan berpuluh-pulih suntikan seperti Botox.
Matlamatnya cuma ingin membentuk semula keseluruhan wajahnya tetapi segala-galanya tidak menjadi seperti yang diingini.

Saya mula kelihatan seperti ahli sihir, katanya. Kelopak mata bahagian atas mengendur manakala di bawah kelihatan seperti benjol. Dagu jatuh dan hidungnya bengkak.

Selepas siri pembedahan kosmetik yang mahal dan menyakitkan, Ratphila kini berpuas hati dengan penampilannya walaupun tidak menyerupai idola pop Amerika Syarikat itu.

Thailand dibanjiri klinik kosmetik yang murah tetapi berisiko berikutan dua kuasa berpengaruh: harga yang ditawarkan untuk menarik golongan miskin dan masyarakat Thai mentakrif kecantikan sebagai putih dan berkulit halus.

Ia memandang rendah bentuk wajah etnik yang dikaitkan dengan kelas bawahan, hidung kembang dan kulit hitam, seperti kebanyakan rakyat negara itu.
Saya pernah kelihatan seperti pekerja kilang. Kini, apabila melihat cermin, saya gembira. Dengan wajah lebih cantik, anda mempunyai peluang lebih baik dalam hidup, kata Ratphila, kini berusia 30, tersengih kepada gambar lamanya yang tersenyum.

Keghairahannya untuk cantik pada harga murah adalah kesilapan menyakitkan. Pakar kecantikan palsu menyuntik silikon gred komersial ke dalam pipi, dagu dan di bawah mata; semua itu perlu dikikis keluar menerusi pembedahan. Beliau memperuntukkan 500,000 baht (RM48,000) selama lima tahun, jumlah besar bagi pekerjaannya, kebanyakannya untuk memperbaiki kecacatan yang dibuat pakar kecantikan palsu itu.

Saya bertuah kerana tidak mati, katanya, cuba senyum dengan wajahnya yang sudah diubah dengan pembedahan itu.

Langsung tidak menyesal, Ratphila berkata, pengalaman pahitnya menjadi peluang perniagaan dan beliau bercadang membuka klinik kosmetik sendiri lewat bulan ini.
AP 

No comments:

Post a Comment